Tuesday, February 10, 2015

RESEPI KUIH LAPIS

melapis siang tadi...kuih orang lama yang simple tapi sedap..saya ubah warna je.biasanya kuih lapis mesti warna merah + putih kan..saya pulak buat warna hijau + biru + kuning...hehe..transformasi kuih lapis...resepi saya tulis kat bawah yer..


Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan santan pekat + 2 1/2 cawan air
3/4 cawan gula
secubit garam

cara-cara :
-blend semua bahan hingga sebati.kemudian tapis.
-bahagikan adunan dan letak pewarna kegemaran.
-sapu acuan dengan minyak.
-kukus setiap lapis selama 5-7minit.lapis terakhir 15minit.
-sejukkan dahulu.kemudian baru boleh dipotong menggunakan pisau plastik.

selamat mencuba ;)

2 comments:

  1. Menarik ni.. Wajib try.. Adunan ni untuk berapa org mkn ye Olie?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...