Tuesday, December 24, 2013

CUCUR KENTANG+BILIS



assalamualaikum dan selamat pagi..

pagi ni saya buat sarapan cucur kentang + bilis.alhamdulillah...anak-anak memang suka sangat cucur kentang ni sebab lembut dan lemak.cicah dengan sos cili..memang sedap sangat.

ok la, saya kongsikan resepinya ya.

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 biji kentang-dipotongdadu
1 biji bawang besar-dipotong dadu
1 kiub ikan bilis knorr
segenggam ikan bilis halus
1/2 sudu baking powder
air secukupnya
garam 

Cara-cara:
-bancuh kiub ikan bilis dengan air.
-campurkan semua bahan dan gaul sebati.
-goreng hingga warna kuning keemasan.
-sedia untuk dihidang bersama sos cili kegemaran anda.

:)

Monday, December 23, 2013

MUHAMMAD ARIEF FAITH



short update...

alhamdulillah, 25hb nnt genap usia arief 11bulan..budak comel yang baik dan bijak..sekejap je rasanya masa berlalu..bulan 1 tahun depan dah setahun...rindu bau baby...huhu
buat masa sekarang, arief dah boleh menyusur.berjalan betul belum lagi..nampak tak bintik merah kat kepala die tu..macam bisul.bengkak skit..sian arief.
masih fully breastfeeding..tak berapa nak makan bubur nasi..apetah lagi benda-benda lain macam buah epal, pisang, kentang, keledek...sume tak nak.pernah cuba suapkan dan arief muntah.bagitau pada doktor.sbb risau juga die tak makan kan..doktor kate takde masalah sebab perkembangan berat badan die baik..walaupun hanya menyusu badan.




Tuesday, December 10, 2013

KEJUTAN YG MENGEJUT..

assalamualaikum..

semalam yang indah,
hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-7 =)
kejutan demi kejutan dari 'si dia'
kejutan yang sungguh tidak disangka-sangka..
sebab ape?sebab, selama lebih 10tahun mengenali dan selama 7tahun hidup bersama sebagai suami isteri, inilah tahun pertama 'si dia' membuat kejutan..kejutan berganda plk tu...


9th december 2013, 9.45am, @rumah kami

buat keje rumah macam biasa. kemas rumah, basuh kain baju, sidai kain baju, mandikan anak-anak, buat sarapan dll..
tiba-tiba hp berbunyi..nombor yang tak dikenali..angkat je la.biasa da sebab orang meniaga macam saya ni, memang selalu dihubungi orang yang tak dikenali.
'hallo, salimah ka tu?'
'ya, saya salimah'
'u ade rumah ke?, saya depan rumah ni'
saya dah sedikit pelik..
'ade ape?, u nak ambil apa barang?'
'saya ada mau hantar sama u barang la'
'barang ape?saya takde beli ape-ape pun'
banyak soalan sebab sekarang ni macam-macam kejadian jenayah.penjayah minta kita keluar da buka pagar, pastu mereka merompak.nauzubillah.ok sambung......

'ini ada u punya barang ma, keluarla sini ambil'
'barang ape?'
'bunga' jawabnya
saya pun keluar rumah dan buka pagar.seorang cina menghulurkan sejambak bunga ros merah beserta coklat ferrero rocher.
owhhh..masa tu rasa kembang kuncup tahan nafas...heheh
'tahniah' katenye.
'thank you ye' jawab saya sambil tersenyum



7 roses for 7 years.. ;)

saya terus masuk rumah sambil tersenyum-senyum..
abang irfan sibuk tanya..sape bagi flower ni mama?..hehe..
'ayah awak la'.....

terus whatsapp 'si dia'......... =)
'si dia' bgtau malam nnt nak belanja dinner kat islamic steak house, bukit tinggi.'
okey...



9th December 2014, 8.00pm, @islamic steak house

sampai je kedai, meja da reseved..order pun dah dibuat awal..tinggal nak pilih air minuman..



dlm lebih kurang 5 minit, semua hidangan pun sampai...abang irfan baca doa makan, dan kami pun makan la...pung pang pung pang uruskan anak-anak..suap makan minum sume, dlm 45 minit abis makan...

'ok la bang, jom.panggil la waiter tu suh kira' memandangkan anak-anak pun da x blh dok diam..
'jap' sambil si dia mengangkat tangan memanggil waiter.

waiter pun dtg, tp bukan bagi bil, die pi kemas meja. sy jeling 'si dia'.bila waiter tu dah pergi, saya cakap...
'kenapa la kemas meja time ade customer ni, tggu kita blk dl tak boleh ke?'

dan-dan lepas tu, ade bunyi gitar dan tiba-tiba, ada suara ramai-ramai menyanyi
'Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan pasangan ini, Allah selamatkan kamu'............sambil mereka menuju kearah meja kami.salah seornag dari mereka membawa sebiji kek...huhu...masa tu, malunya........

sampai je kat meja kami, diaorg pun wish, selamat ulangtahun....dan semua yg ada dlm restoren tu tepuk tangan....adooiiiiii merah muka makcik...huhu..mmg surprise yang teramat sangat...



saya potong kek cecepat dan makannnn kek pulak....heheheee



abang irfan dan abang ikram pun excited sebab macam sambut birthday diaorg pulak...hehee..arief pelak dok relaks je dalam baby chair makan carrot.

separuh je kek yang kami makan, sbb dah kenyang makan sebelum tu..jadi separuh lagi, kami bungkus bawa balik.

masa ayah bayar bil, cashier tu cakap yang kek tu bos diaorg bagi free sebagai hadiah anniversary.plus bos die bagi free gift 2 diary planner utk 2014..alhamdulillah..memang rezeki kami...

tu lah citenya kejutan yang sungguh mengejutkan saya...huhu...sebabnya, sejak kenal dan sejak berkahwin, 'si dia' memang tak pernah buat ape-ape kejutan dan saya memang takde mengharap macam tahun-tahun sudah..tapi, tahun ni, memang terbaikkkkk

terima kasih abang untuk segalanya.. =)



Monday, December 9, 2013

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-7



alhamdulillah, harini genap 7 tahun kami mendirikan rumahtangga..sehingga hari ini, telah dikurniakan 3 orang cahayamata lelaki yg soleh, bijak dan sihat.muhammad irfan, muhammad ikram dan muhammad arief faith.3 orang penyeri hidup kami.satu kurniaan yang sungguh indah dan sungguh istimewa dalam hidup kami.

kata orang, sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri..7 tahun hidup bersama, berkongsi segala.masam, manis, pahit, tawar dan segala macam rasa lagi telah kami lalui.dan alhamdulillah  , segalanya kami lalui dengan tabah dan sabar.menyedari dan mengakui bahawa jodoh ini adalah yang terbaik buat kami.semoga Allah memberkati rumahtangga kami.semoga kami sentiasa berada dibawah lindungan dan rahmatNya.semoga kami sentiasa berada dilorong dan dijalanNya.

untuk suamiku,
terima kasih abang kerana sudi menjadi suami saya, 
terima kasih abang kerana memimpin tangan saya menuju jalanNya,
terima kasih abang kerana terus berdiri teguh menyokong saya,
terima kasih abang kerana banyak bersabar mendidik saya,
terima kasih abang kerana berkorban untuk keluarga,
terima kasih abang atas segala-galanya.

semoga rumahtangga kita berkekalan hingga ke syurga..Amin..

selamat menyambut ulangtahun ke-7 
:)

dari, isterimu.



Tuesday, September 17, 2013

PELUANG MENJANA PENDAPATAN UTK SURI RUMAH / STUDENT DAN SESIAPA SAHAJA

BERMINAT??

cepat-cepat pm di fb/pages atau email ya.. =)

Wednesday, September 11, 2013

#wordless wednesday ~ biskut raya haji ;p

Sunday, September 8, 2013

cheezy wedges

assalamualaikum..

jom minum petang dengan cheezy wedges..buat sendiri, bnyk mana nak letak pun boleh..baru puas mkn cheese..

sesiapa berminat nak beli cheese powder, blh contact sy ya..gerenti sedap..original jalapeno cheese powder.
100g rm13 | 200g rm20 | 500g rm30
harga semua termasuk poslaju(sm) tambah rm5 utk pos ke sabah/sarawak.
sms/whatsapp 013-2443199

Jaga kesihatan dengan CoQHealth Shaklee

Assalamualaikum..

bulan ni adalah bulan promosi utk salah satu produk hebat shaklee iaitu COQHealth Shaklee. Product terbaru dari shaklee yg baru launch masa Shaklee National Conference 2013 yg lepas.


apa itu Coq10..?
ia merupakan zat makanan larut lemak yang boleh ditemui dalam setiap sel tubuh.dan sangat diperlukan untuk fungsi asa sel badan. ia lebih banyak ditemui didalam organ-organ yg bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak untuk berfungsi seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas. jadi, kesimpulannya CoQ10 sangat penting bagi jutaan sel tubuh badan, menghasilkan tenaganya sendiri untuk kekal berfungsi. tanpa CoQ10, sel-sel lain tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ tubuh lain tidak dapat berfungsi dengan baik bagi menyokong kehidupan.

CoQ10 telah dibuktikan dapat membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam daran dan memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh. CoQ10 juga dapat memastikan intergriti sistem saluran dara yang seterusnya dapat menyokong tahap tekanan darah yang sihat. Selain itu, CoQ10 juga bertindak sebagai salah satu antioksidan yang kuat dan membantu melindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidaan lipoproteins berkepekatan rendah (LDL) dan memudahkan pengaliran darah. Ini penting dalam membantu menyokong fungsi saluran darah, termasuk pengaliran darah ke jantung.



CoQHealth Plus mengandungi semua proprietari semulajadi daripada campuran 28mh CoQ10 dengan vitamin E dan ekstak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul dengan sistem penyampaian minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.

untuk harga promosi sila sms/whatsapp 013-2443199(salimah)




Thursday, September 5, 2013

Teh chrysanthemum @ teh bunga penyejuk badan.

Assalamualaikum..

Sape suka minum air teh chrysanthemum atau senang sebut teh bunga..kami anak beranak mmg suka sgt minum air teh bunga ni..slalu beli yg drinho kotak besar tu kejap je abis..

Teh chrysanthemum ni bnyk khasiat tau..antaranya menyejukkan badan, membantur menyingkirkan toksin dan kolesterol, membantu otak menjadi lebih fokus, boleh meredakan selsema..dan bnyk lg la khasiatnya..korang google la yek...hik3...

Teh bunga kering ni kitaorg beli kat kampung blk raya haritu...skrg la baru rajin nak buat.padahal bukan susah pun..rendam dlm air panas jer.masuk gula skit jer.saya suka rasa manis2 buah jer..x sedap klu manis sgt...


Tada......da siap teh chrysanthemum..ni buat masa breakfast td..teh panas...mmg sedap..klu tghari, blh letak ais, nyaman je masuk tekak..


Wednesday, September 4, 2013

#wordless wednesday

Kenangan umrah yg x pernah padam

Assalamualaikum...

Td transfer gambar dr hp masuk pc..sbb hp no da full ngan gambar..hehe...
Tgk semula gambar2 kami g umrah masa bln may yg lepas..Ya Allah..rindu sgt2...terbayang/teringat setiap saat berada di tanah haram..semuanyalah, mmg x blh lupa dan rindu sgt2...
Bila tgk gmbr, lebih2 lg rindu...huhu..hari2 berdoa supaya Allah beri kami semua peluang utk menjadi tetamuNya lagi lagi dan lagi..aaminn

Masa ni kat klia sblm berangkat 

Ni kat masjid nabawi.solat subuh

Masjid nabawi.solat zohor

Masjid nabawi.makam Rasullah s.a.w

Jabal rahmah

Muzium.telaga zamzam.bersama mutawif.

Bukit terbakar

Jabal nur.gua hira.alhamdulillah.dapat solat dlm gua hira'

Selesai Umrah yang pertama..

Bukit terbakar

Ladang kurma

Masjid quba'

Ladang unta

Bukit magnet

Masjid al haram

Fuhhh..da 3months++ blk br nak masuk blog..hehe..
Mostly gambar bnyk kat masjid nabawi di madinah..kat masjid al haram dan masa berada di makkah kami mmg x bnyk gmbr..
Semoga kami berpeluang menjadi tetamuMu lagi...


Monday, August 26, 2013

Shake n take..

Assalamualaikum...

Shake n take..mudah dan pantas...menjimatkan masa bagi anda yg berkerjaya dan sentiasa nak begerak pantas..
Jimat masa nak blend/buat juice buah..just blend dan terus masuk dlm beg..tak perlu nak transfer ke bekas lain..
Berminat??hanya rm81 inc postage..
sms/whatsapp 013-2443199(salimah)



Sunday, August 25, 2013

7months - arief faith

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Harini 25hb august 2013..genap lah umur muhammad arief faith 7bulan..alhamdulillah..
• fully breastfeed.pernah cuba try test bagi bubur nasi blender..tp bila suap, die mcm nak muntah..lenyek kan kentang pun same..jadi skrg, menyusu je la dl..nnt esok2, kita cuba lagi ye arief
• dah menyarap dan berpusing2..dah blh duduk tegap..tp kita kena duduk kan la.
• suka jerit2 dgn abang2..excited btl klu nmpk abg2 die main lari2, lompat2..klu blh, nak join skali kot..
• pampers size L.
• sangat baik dan pandai bwk diri.tak pernah meragam.tido mlm sgt lena.bgn utk menyusu je.sambil menyusu, terus lena semula.

Saturday, August 24, 2013

morning weekend ;)

Selamat pagi dan selamat berhujung minggu...syawal ke 17...msti ramai yg buat open house kan dan x kurang juga yg dijemput ke open house..

Kami tak buat open house...sbb house kami hari2 open..sape nak dtg, silakan..tp pls call/sms dl sbb blh la kami prepare apa2 yg patut utk dijamu.. :)

Harini kami ada 4 buah rumah jenputan open house...harap2 sempat la memenuhi semua jemputan tu..bkn nak mkn sgt, tp nak jmpe kwn2 dan merapatkan silaturrahim..

Ok..let's breakfast first...

Hepi weekend ;D

Friday, August 23, 2013

Meehon singapore

Mlm ni masak meehon singapore..kawan 'si die' nak dtg beraya..jadi kami jamu meehon singapore je.alhamdulillah..
Tgh menunggu tetamu dtg ni..

KEKURANGAN STOCK CHEEZY POWDER

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

haiii..ptg2 ni da takde mood sbb stock cheese tak masuk2 lagi..patutnya dah masuk mggu  ni..customer sana sini call/sms/whatapp nak stock..huhu...sabo je la..

supplier ni sejak bulan ramadhan lepas slalu benar kekurangan stock..katenye permintaan tggi masa bln ramadhan..ya..mmg pun..sales meloncat2 naik pada bulan ramadhan..

Alhamdulillah...tp tu la, masalahnya, permintaan tggi, stock pula kurang...mujur harga maintain je..klu harga naik, susah jugak la kami...

petang ni pack 250pack utk pemborong dr brunei..isnin nnt nak kena poskan..kena minta tlg 'si die' utk g post office..sbb nak angkat 25kg tu...patah tgn sayer.. =)



VIVIX SHAKLEE - rahsia cantik & awet muda

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

harini saya nak bongkar salah satu produk shaklee yg sangat istimewa dan hebat iaitu
VIVIX



apakah manfaat VIVIX..??
~ menggalakkan rangsangan penuaan yang sihat
~membantu dalam menghalang cancer
~mengurangkan risiko komplikasi pesakit diabetis
~menyokong kesihatan sendi
~mengurangkan insiden bagi pesakit alzheimer
~meningkatkan sistem imun
~menyokong kesihatan mata
~menggalakkan kesihatan secara keseluruhan 

VIVIX adalah 10x ganda lebih hebat dari resveratrol.

apa itu REVESRATROL??
resveratrol ialah sejenis antioksida - polifenol yang didapati pada tumbuhan, buah buahan, bijian dan kekacang.manakala kulit anggur merah mengandungi konsentrasi yang paling tinggi.  Revesratrol bertindak sebagai 'sistem imunisasi' utk memelihara sel sel daripada dijangkiti virus & bakteria.



Kandungan VIVIX


1. Muscadine Grape - Mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, ia juga bertindak sebagai anti virus dan anti-bakteria
2. Purple Carrot - Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung 
3. Elderberry (Sambucus Niagra) - Mampu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung,mengurangkan stress, memperbaiki penglihatan dan penghadaman
4. Polygonum Cuspidatum - Melambatkan proses penuaan,merendahkan kolestrol, merendahkan tekanan darah,mengurangkan berat badan



Antara faktor penuaan :
~kerosakan DNA
~perubahan proses genetic DNA
~sel mitochondria berkurangan secara semulajadi

Mekanisma VIVIX berfungsi
~ mempertahankan DNA (defense)
~ memberikan tenaga DNA (energy)
~memulihkan DNA (repair)
~meningkatkan DNA (performace)


hanya 1 sudu sehari utk kesihatan dan kecantikan keseluruhan tubuh badan anda.



TESTIMONI VIVIX





berminat dgn VIVIX
sms/whatsapp 013-2443199



Saturday, July 27, 2013

Barley peanut candy

Barley peanut candy
300g rn13
500g rm16
1kg rm30
6kg above rm22/kg
sms/whatsapp 013-2443199(salimah)

Sunday, July 14, 2013

SALE..!!! Crocs Original..Limited Stock


100% original crocs as at crocs boutique..
Hurry..!!! Limited Stock..
Sms/whatsapp 013-2443199(salimah)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...