Friday, February 27, 2015

JEMPUT JEMPUT AIR PANAS

resepi minum petang yg best.. ;)
layan resepi kat bawah ya.amik dr blog madihaa.


Jemput-jemput Bilis Air Didih
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
600 gm tepong gandum
1 biji bawang besar ~ didadu
Sedikit hirisan kubis (kalau suka) 
Segengam ikan bilis ~ dikopek & dikisar kering
Garam secukup rasa
Air panas mendidih secukupnya (mesti yang baru mendidih!)

Cara menyediakan
1. Gaulkan tepong gandum bersama bawang dadu, hirisan kubis, ikan bilis kisar serta garam hingga rata.
2. Bila tepong bergaul rata, tolakkan sedikit tepong ke tepi bekas/besen yang digunakan & buatkan sedikit ruang kosong  untuk menggaul tepong. Tuangkan air panas sikit demi sedikit di tepi bekas yg 'dikosongkan' tadi.  Gaulkan air panas & tepong dengan cara menggaul sedikit demi sedikit (jangan gaul kesemuanya nanti tepong tak masak). Bila tepong masak & pekat.. tolak ketepi & tuang lagi air panas didih sedikit & gaul lagi bahagian tepong yang belum bergaul.  Buat portion by portion sehingga semua tepong bergaul dengan air panas.  Keadaan tepong akan jadi seakan2 doh ye.. (kalau pernah buat laksa homemade.. lebih kurang begitulah kaedah menggaulnya)
3. Panaskan minyak secukupnya. Basahkan sikit tangan anda dengan air bersih lalu jemput sedikit doh sambil dikepal2 & bulat2kan lalu gorenglah sebiji demi sebiji adunan/doh jemput2 tadi sehingga masak & agak garing. Untuk dapatkan gorengan yang cantik.. kena selalu balikkan jemput2 sehingga garing sekata.
4. Angkat jemput2 & toskan & sedia untuk dihidangkan bersama sos kegemaran anda!

Selamat mencuba! 

Wednesday, February 18, 2015

RESEPI KEPAK AYAM BAKAR ROSEMARY

assalamualaikum...

tengahari ni kami meratah ayam je..hik3..resepi yg saya olah sendiri..hantam je..tapi sedappppp...tak caya, blh try resepi kat bawah ni ye ;)


bahan-bahan :

8 ketul kepak ayam

BAHAN PERAP :
3 ulas bawang putih- dihiris nipis
1 inci halia - dihiris nipis
3-4sudu besar bbq sos brand life
1 sudu besar lada hitam- ditumbuk separuh halus
3 sudu besar daun rosemary kering
secubit garam

BAHAN LAIN :
cili capsicum
tomato
lemon

cara-cara:
-cuci kepak ayam dan gaulkan dengan BAHAN PERAP selama 2-3jam didalam peti sejuk.
-bakar menggunakan pan ajaib(non stick pan) atau dalam oven hingga masak.
-masukkan BAHAN LAIN apabila kepak ayam hampir masak.
-perahkan jus lemon ketika menghidang.

selamat mencuba ;D







Tuesday, February 10, 2015

RESEPI KUIH LAPIS

melapis siang tadi...kuih orang lama yang simple tapi sedap..saya ubah warna je.biasanya kuih lapis mesti warna merah + putih kan..saya pulak buat warna hijau + biru + kuning...hehe..transformasi kuih lapis...resepi saya tulis kat bawah yer..


Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan santan pekat + 2 1/2 cawan air
3/4 cawan gula
secubit garam

cara-cara :
-blend semua bahan hingga sebati.kemudian tapis.
-bahagikan adunan dan letak pewarna kegemaran.
-sapu acuan dengan minyak.
-kukus setiap lapis selama 5-7minit.lapis terakhir 15minit.
-sejukkan dahulu.kemudian baru boleh dipotong menggunakan pisau plastik.

selamat mencuba ;)

Saturday, February 7, 2015

RESEPI CHEESEKUT NESTUM

assalamualaikum..

petang-petang camni.kita buat resepi mudah je tapi yummy sangat... ;)




CHEESEKUT NESTUM

bahan-bahan :
250g cream cheese(tatura)
1pack biskut hup seng (deluxe cracker)
1/2 tin susu pekat manis
nestum
susu segar (dutch lady)

cara-cara :
-cream cheese dan susu pekat manis diputar menggunakan mixer hingga gebu.
-sediakan bekas/loyang.celupkan biskut kedalam susu segar (sekejap je ye, jgn sampai biskut lembik plk).kemudian, susun biskut dalam bekas/loyang.
-sapukan sedikit adunan cream cheese ke atas biskut yg telah disusun hingga rata.taburkan nestum.
-ulang semula langkah mencelup biskut kedalam susu segar, sapu cream cheese dan tabur nestum sehingga adunan cream cheese habis digunakan.
-dah siap.masukkan dalam peti sejuk semalaman.baru sedap makan.. ;)

p/s : pastikan layer cream cheese yang atas sekali tebal sedikit dari layer yang bawah-bawah.

selamat mencuba. :)


Friday, February 6, 2015

RESEPI NASI GORENG BUNGA KANTAN

Assalamualaikum dan salam jumaat penuh keberkatan..

pagi ni cuaca di pulau indah sejuk nyaman jer...alhamdulillah

jom tengok pagi ni saya masak ape.. ;)

NASI GORENG BUNGA KANTAN TERLAJAK PEDAS *_* resepinya ada di bawah ye..


bahan-bahan :
2 cawan nasi sejuk
3 ulas bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - diketuk
6 biji cili api - diketuk
segenggam ikan bilis - digoreng garing
2 kuntum bunga kantan - dihiris halus
1 sudu besar sos tiram
1 biji telur
garam secukupnya
daun bawang

cara-cara :
-tumis bawang putih hingga naik bau.kemudian masukkan bawang merah dan cili api.tumis hingga agak garing.
-masukkan sos tiram.gaul sebentar.kemudian masukkan bunga kantan yg telah dihiris halus tadi.kacau hingga agak layu.
-pecahkan telur ditengah kuali.
-masukkan nasi dan gaul hingga sebati.perisakan garam secukupnya.
-taburkan ikan bilis dan daun bawang semasa menghidang.

selamat mencuba ;)

RESEPI ROTI TELUR CHEESE MELELEH


tengah2 malam dok lapar..nak makan ape pun tak tau...pegi la selongkar dapur..jumpa roti.bukak peti ais ade cheese..so, dalam otak dah terfikir roti telur cheese... ;)

resepinya senang je..untuk sorang makan je.kalau korang nak makan ramai2, boleh la gandakan resepi ye.

bahan-bahan :
2 keping roti
1 slice cheese
1 biji telur
sedikit butter

cara-cara :
-tangkupkan cheese ditengah roti.potong roti kepada 4 bahagian.
-panaskan non-stick pan dan letakkan sedikit butter.
-celupkan roti dalam telur yg telah dipukul sedikit.
-gorengkan hingga bewarna kekuningan dan garing.
-angkat dan sedap dimakan panas bersama sos cili dan mayonis

selamat mencuba. ;)




Thursday, February 5, 2015

KEK BATIK MUDAH

assalamualaikum..

bila post gambar kek batik kat fb.ramai yang inbox nak resepi kek batik ni..resepi nya sangat simple tapi pasti sedap dan menjadi..untuk memudahkan, saya letak resepi dalam blog.senang simpan dan senang nak cari semula ;)




KEK BATIK MUDAH

bahan-bahan :
250g butter
1 pack biskut maree tiger - patahkan 4bahagian
1 pack milo (200g)
1/2 cawan serbuk koko
1/2 tin susu pekat
secubit garam

cara-cara :
-cairkan butter menggunakan api sederhana.
-masukkan susu pekat.kacau hingga sebati.
-masukkan secubit garam.
-masukkan serbuk koko dan milo sedikit demi sedikit sambil kacau2 hingga semuanya sebati
-tutup api dan masukkan biskut maree
-gaul hingga coklat sebati dengan semua biskut maree
-masukkan dalam loyang yang telah dilapik dengan plastik
-sejukkan dalam peti ais

nota : bila kek batik dan keras.keluarkan kek batik dalam 5minit sblm nak makan.barulah rasa lembut dan sedap.



Sunday, February 1, 2015

KISAH SAYA SEORANG IBU DAN PENIAGA ONLINE

Assalamualaikum...


lama sungguh blog terbiar dan bersawang..petang-petang ni free.teringin plk nak berceloteh..


saya menjalankan perniagaan 100% dari rumah..bermula sejak tahun 2008..sedar tak sedar lebih kurang 6tahun sudah saya berniaga dari rumah.berkat doa dari suami yang ketika itu sedang menunaikan umrah.kami mendaftarkan syarikat SHOP PARADISE.


perniagaan saya bermula dengan menjual CHEESE POWDER.dan ianya kekal hingga sekarang.bermula dari cheese powder.saya merangkak ke lain-lain produk..tepung magik, mashed potato, tepung kek dll..


saya pernah beralih kepada produk kesihatan dan kecantikan.menjual jamu, kosmetik.supplement kesihatan..tetapi dengan menjual produk tersebut, saya perlu keluar dari rumah.untuk training dll.sangat tidak sesuai dengan saya yang sentiasa mahukan anak-anak dan suami disisi.


jadi, keputusannya, produk makanan adalah yang paling serasi dengan saya.produk saya sendiri.saya buat sendiri semuanya dari rumah sahaja.puas hati kan.. :)


24/7 masa saya dirumah menguruskan rumahtangga dan anak-anak.dimana ade saya, disitu ade anak-anak.hehe...saya memang obses dengan anak-anak dan suami.semua keperluan mereka mestilah diuruskan oleh saya..hehe...teruk kah??..queen control kah??...ntah la...tapi yg penting, saya nak berikan yang terbaik untuk keluarga saya.semua nya mestilah dari tangan saya.


saya berniaga bukanlah kerana suami tak mampu.tapi semuanya adalah kerana minat dan nikmat keseronokan mendapat pelanggan tu..sangat teruja tau..hehe...lebih-lebih lagi bila pelanggan puas hati dengan perkhidmatan dan produk kita.sangat gembira...!!! ;)


alhamdulillah, setakat ni, saya sangat puas hati dan bersyukur dengan apa yang ada.


setakat ni celoteh si petang hari....hehehe....sampai jumpa lagi...


kat bawah ni adalah antara produk kami..

CHEESE POWDER

TEPUNG MAGIK

BEEF BALL WITH CHEEZY SAUCE

BBQ LAMB SLICE WITH BLACKPEPPER SAUCE

CRISPY CHICKEN CHOP WITH BLACKPEPPER SAUCE

KAMBING BAKAR MADU(untuk majlis jamuan biasa atau aqiqah)


kalau berminat nak dapatkan produk kami.boleh hubungi saya ya..013.244.3199(olie)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...