Friday, August 1, 2014

5 tips mencuci muka


Langkah 1: Cuci Tangan
Cuci tangan sebelum anda mencuci muka. Maksud saya cuci dengan bersih dan teliti seperti di tapak tangan, celah jari dan kuku. Lagi bagus jika anda dapat menggunakan sabun anti-bakteria. Pastikan tiada kotoran yang tertinggal di tangan anda melainkan anda mahu kuman dan bakteria pada tangan anda hinggap di muka anda..no no
no !!!

Langkah 2: Buang Kotoran Pada Muka
Buang kotoran dan kesan make up di muka anda dengan menggunakan air bersih atau makeup remover. Kemudian lap muka dengan tuala muka. Pastikan tiada kesan make up yang tertinggal untuk mengelakkan make up bercampur dengan pencuci muka.

Langkah 3: Cuci Muka Menggunakan Pencuci Muka
Basahkan muka sedikit. Kemudian guna pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit anda (cth: jenis untuk kulit yang berminyak atau kulit kering). Sapu buih pencuci muka ke muka dan urut keseluruhan muka dengan perlahan selama 30 saat ke satu minit untuk melancarkan peredaran darah dan oksigen di muka. Pastikan tiada bahagian yang tertinggal seperti di sisir rambut, celah hidung dan telinga dan di bawah dagu.

Langkah 4: Bilas Muka
Bilas muka dengan air bersih. Bilas sehingga tiada buih yang tertinggal. Keringkan muka dengan tuala muka. Sapu toner pada muka dengan menggunakan cotton ball untuk mengecilkan liang pori dan menegangkan kulit.(Toner juga dapat menanggalkan kotoran yang tertinggal semasa mencuci muka)

Langkah 5: Pelembap Muka
Jangan lupa gunakan pelembab atau moisturizer pada muka untuk mengembalikan kelembapan kulit muka anda sebab penggunaan pencuci muka boleh menghilangkan kelembapan pada kulit wajah.


p/s : pastikan produk skincare anda adalah 100% organik.tanpa bahan kimia.selamat untuk penggunaan jangkamasa panjang tanpa kesan sampingan.

360 Effects Advance 
~ 100% organic
~ keluaran bumiputera
~ dijamin HALAL 
~ lulus KKM

http://www.facebook.com/salimah.olie
http://www.facebook.com/shopparadise




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...