Friday, June 6, 2014

ZIARAH MASJID QUBA'


Dalam perjalanan umrah, kami berpeluang melakukan ziarah ke Masjid Quba'..kami juga berpeluang melakukan solat sunat didalam masjid Quba'..di bawah, sedikit penerangan mengenai masjid Quba'.

Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripadaMasjid an-Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad (SAW) Saws.jpg sebelum baginda tiba di Madinah ketika berhijrah dari Makkah.
Masjid Quba kemudian disiapkan oleh Sahabat Rasulullah Saws.jpg. Rasulullah Saws.jpg menghabiskan masa selama 20 malam (selepas hijrah) di sampingbersembahyang dan beribadah kepada Allah s.w.t..
Rumah Saidina Ali terletak di belakang Masjid Quba, dan Nabi MuhammadSaws.jpg akan mendirikan solat sunat sementera menunggu Saidina Ali bin Abi Talib.
Masjid Quba dianggap antara masjid paling suci dalam pegangan penganut agama Islam, mengikut turutannya ialah Masjidil Haram (Makkah), Masjid an-Nabawi (Madinah), Masjidil Aqsa (Baitulmuqaddis), Masjid Quba (Madinah).
Masjid Quba disebut di dalam Al-Quran sebagai masjid yang dibangunkan di atas dasar taqwa.
“Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Quba' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).”[al-Quran 9:108 (Basmeih)]
“Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar takwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan orang yang membangunkannya ke dalam api Neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang zalim.”[al-Quran 9:109 (Basmeih)]






Semasa hayatnya, Nabi Muhammad Saws.jpg kerap mengunjungi Masjid Quba dan menunaikan solat sunat. Mengikut hadis dari Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya Rasulullah Saws.jpg pernah berkunjung ke Quba' dengan menunggang binatang tunggangan dan juga berjalan kaki.
Telah diceritakan bahawa Nabi Saws.jpg menziarahi Masjid Quba' pada tiap-tiap hari Sabtu dengan menaiki tunggangannya. Kadang-kadang baginda pergi ke sana pada hari Isnin.[1] [2](Riwayat Bukhari dan Muslim.)
Sabda Nabi Saws.jpg lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)
Telah diriwayatkan juga bahawa Nabi Saws.jpg bersabda: Sesiapa yang mengerjakan sembahyang di dalam masjid Quba' pada hari Isnin dan hari Khamis, Allah akan gantikan pahalanya dengan pahala ibadat Umrah. [3]
sumber : wikipedia









4 comments:

  1. Ya Allah seronoknya tengok gambar-gambar ni.Memang bercita-cita sangat nak menjejakkan kaki ke sana bersama suami dan anak2 tersayang suatu hari nanti

    ReplyDelete
  2. Inshaallah Emy Omar...cita cita tu akan tercapai..banyakkan berdoa. =)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. kita pernah jumpa masa dkt airport jeddah. Xsangka jumpa kt sini lagi.. mak mertua saya duduk sebelah akak masa tgh tunggu flight.. salam perkenalan ye :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...