alhamdulillah, harini genap 7 tahun kami mendirikan rumahtangga..sehingga hari ini, telah dikurniakan 3 orang cahayamata lelaki yg soleh, bijak dan sihat.muhammad irfan, muhammad ikram dan muhammad arief faith.3 orang penyeri hidup kami.satu kurniaan yang sungguh indah dan sungguh istimewa dalam hidup kami.
kata orang, sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri..7 tahun hidup bersama, berkongsi segala.masam, manis, pahit, tawar dan segala macam rasa lagi telah kami lalui.dan alhamdulillah , segalanya kami lalui dengan tabah dan sabar.menyedari dan mengakui bahawa jodoh ini adalah yang terbaik buat kami.semoga Allah memberkati rumahtangga kami.semoga kami sentiasa berada dibawah lindungan dan rahmatNya.semoga kami sentiasa berada dilorong dan dijalanNya.
untuk suamiku,
terima kasih abang kerana sudi menjadi suami saya,
terima kasih abang kerana memimpin tangan saya menuju jalanNya,
terima kasih abang kerana terus berdiri teguh menyokong saya,
terima kasih abang kerana banyak bersabar mendidik saya,
terima kasih abang kerana berkorban untuk keluarga,
terima kasih abang atas segala-galanya.
semoga rumahtangga kita berkekalan hingga ke syurga..Amin..
selamat menyambut ulangtahun ke-7
:)
dari, isterimu.
tahniah. slmt ulangtahun yg ke 7 :)
ReplyDeletetq afne =)
ReplyDelete