dulu masa kecik-kecik, mak selalu masak telur separuh masak.makan dengan nasi lemak.sedap nye lahai.Masa tu, tau makan je.sehinggalah dah dewasa dan berumahtangga, baru saya tahu rupanya ada rahsia tertentu untuk dapatkan telur separuh masak yang terbaik.
Jom saya kongsikan bagaimana cara-cara untukmendapatkan telur separuh masak atau telur rebus sempurna. Inshaallah, dengan tips ini, kita akan dapat telur rebus seperti yang kita nak.
beli telor ayam
jangan lupa cuci bersih sambil selawat ya =)
dah ade telor, dah basuh telor..jadi kita kena buat keputusan sama ada kita nak makan telur separuh masak atau mahu makan telur rebus sepenuhnya yang selalu makan dalam nasi lemak tu.
Keadaan telur ayam yang direbus dengan masa yang berbeza, akan menghasilkan tekstur telur yang berbeza.
Macam kelas sains pulak heh....kih3
Jika anda rebus dalam masa 4 minit sehingga 4 minit setengah, dapat lah telur yang macam kat bawah ni, putih dia sudah cantik dan kuning dia masih lagi belum masak sepenuhnya. lembut tapi x terlalu cair..telor rebus camni memang faveret saya.
kat bawah ni, jika anda rebus dalam masa 8 minit, anda akan dapat telur ayam yang sudah masak sepenuhnya.Sesuai untuk bagi orang masa kenduri kahwin.telor yang cukup masak.tahan lama.sebab tu sesuai untuk kenduri kawin.
masak sambal buh bawang besar banyak-banyak pun sedap telor rebus macam ni.lepastu kuning die, gaul-gaul kat nasi...nyum3..
Cara yang digunakan ini ialah dengan didihkan air sehingga menggelegak di dalam periuk dulu. Kemudian, matikan api dan masukkan telur. Set masa untuk dapatkan tekstur telur rebus kegemaran anda.tutup periuk.sebelum angkat, golek-golekkan jap telor dlm air tu.
2 minit
Putih telur belum lagi membentuk dan kuningnya masih mentah
Putih telur belum lagi membentuk dan kuningnya masih mentah
4 minit
Putih telur sudah masak, tetapi kuningnya masih melekit-lekit
Putih telur sudah masak, tetapi kuningnya masih melekit-lekit
6 minit
Putih telur sudah masak, tetapi bahagian tengah kuningnya masih belum masak sehabisnya
Putih telur sudah masak, tetapi bahagian tengah kuningnya masih belum masak sehabisnya
8 minit
Putih dan kuning telur sudah masak, tapi kuning telur masih lagi lembut
Putih dan kuning telur sudah masak, tapi kuning telur masih lagi lembut
10 minit
Okay, sudah masak sepenuhnya dan boleh berhenti gosip sementara tunggu telur ayam masak tadi
Okay, sudah masak sepenuhnya dan boleh berhenti gosip sementara tunggu telur ayam masak tadi
Ni saya kongsikan, cara kopek telor yang dah masak sepenuhnya.
Selepas selesai masak, ambil dan lrendamkan sebentar di dalam air sejuk untuk memudahkan proses mengopek kulit telor.dan juga untuk elakkan kulit telor melekat masa dikopek..
disarankan, pecahkan bahagian bawah dahulu.
Bila sudah pecahkan dari bawah (bahagian bawah telur ayam ialah bahagian yang gemuk, bukan yang runcing itu).kemudian teruskan ketuk manja sekeliling kulit telor.
hahhh..cantik molek licin telor tu kan.lepastu boleh la makan atau masak sambal telor tu.
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Merebus Telur
Perbezaan Suhu
Telur yang baru dikeluarkan daripada peti sejuk mengambil masa sedikit lama untuk masak.
Saiz Telur
Lagi besar saiz telur ayam tersebut maka lagi lama masa diambil untuk memasak
Kuantiti Air Menentukan Masa Merebus
Lagi banyak air, lagi pantas ia akan mengambil masa untuk merebus (berbeza mengikut jumlah telur) dan jika terlalu sedikit air, suhu air pula akan cepat jatuh maka akan menghasilkan telur yang tidak masak.
saya biasa buat, letak air banyak sikit dari permukaan telur. Kiranya telur akan tenggelam sedikit lebih kurang 1 sentimeter (betulkan jika saya salah bab sukatan air ini).
Kesimpulannya ketika melakukan eksperimen memasak telur rebus ini, kita akan belajar daripada sukatan air sehinggalah masa rebusan yang tepat. Yang bab saiz telur itu memang ada kesan juga. Apa-apa pun, kami sangat mengalu-alukan perkongsian anda semua bagi mendapatkan hasil rebusan telur ayam yang sempurna.
Ini baru bab rebus telur, baru kami tahu betapa hebatnya ibu-ibu di atas dunia ini memasak. Nampak mudah pada luarannya tapi dari latihan rebus telur banyak kali jugalah kita akan belajar. Jom layan gambar apa yang anda boleh buat denga telur rebus orang kenduri kahwin bagi.
Jika anda gigih ingin tahu, cuba tanya mak cik jual nasi lemak bungkus, kami jamin dia ada tips yang lagi menarik..hihi..
SELAMAT MENCUBA =)
Telur yang baru dikeluarkan daripada peti sejuk mengambil masa sedikit lama untuk masak.
Lagi besar saiz telur ayam tersebut maka lagi lama masa diambil untuk memasak
Lagi banyak air, lagi pantas ia akan mengambil masa untuk merebus (berbeza mengikut jumlah telur) dan jika terlalu sedikit air, suhu air pula akan cepat jatuh maka akan menghasilkan telur yang tidak masak.
No comments:
Post a Comment