Friday, August 28, 2009

ZAKAT FITRAH

PENGERTIAN ZAKAT FITRAH
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

SYARAT WAJIB ZAKAT
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
1.Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
2.Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
3.Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
4.Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.


"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu manjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui." - Surah At-Taubah (ayat 103)


"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat". Surah An-Nur (ayat 56)


"Dan (ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya." Surah Al-Baqarah (ayat 83)


Dari ayat-ayat di atas, amat jelas tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau meragui kefarduannya, maka ianya terkeluar dari agama Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat. Mereka yang kaya dan berada juga harus menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di dalam harta yang mereka miliki.

Kadar zakat fitrah di Selangor bagi Ramadan tahun ini dinaikkan daripada RM5.20 kepada RM7.

Tuesday, August 25, 2009

BAJU & KASUT RAYA

kasut ni ayah beli 6 bulan lepas time ayah g singapore..


baju raya ni made from mz tahir, wisma yakin, kl.

irfan sibuk nak kemas bj n kasut raya die..

Monday, August 24, 2009

BUKA PUASA



smlm buka puasa kat umah tokwan..orang lain belum buka lg, tp irfan da sungguh2 makan jemput2 udang yg atok masak..sedap sungguh..

Thursday, August 20, 2009

KEBUN






Ini lah kebun kita.kebun ni ayah beli 3 bulan yang lepas..dengan tujuan untuk bercucuk tanam..pondok tu br siap 2 hari lepas..smlm seharian mama n irfan kat pondok tu..tok wan, tok ki dgn kak marsah bercucuk tanam.kak marsah ni sbnrnye dulu bibik irfan.tp sejak mama da x keje ni, die jd bibik tok wan la..hehe..ayah blh dtg ujung mggu je, sbb ayah kerja..bnyk dah tanaman yg kitaorg tanam.pisang, keladi, keledek, jagung, ubi, rambutan, pelam, cengkih, jagung dan bnyk lagi la..mama x ingat...x sabar nak tunggu hasilnya..nnt irfan da besar, blh tlg ayah kat kebun ye...

BABY CONTEST


Name : Muhammad Irfan bin Shahlan
Age : 14months
Pic taken on : 26.06.2009

With lovely ayah at nenek house
pic taken on : 19.04.2009

Wednesday, August 19, 2009

SALAM RAMADHAN

salam ramadhan kepada semua umat islam di seluruh dunia.hopefully kita bertemu jodoh lagi dengan ramadhan tahun ini(insyaallah)..tahun ini adalah tahun ke-3 saya menyambut ramadhan sebagai seorang isteri dan tahun ke-2 sebagai seorang mama..kalau bujang dulu, susahnye nak bangun sahur.sblm tidur mkn dulu..then x payah susah2 nak bgn sahur.hehe.tido jer...bila dah kawin, n hubby plk jenis yg kena bgn sahur(klu x, die akan lemah sgt)..so, kita sebagai isteri, wajib la bgn sahur jgk..bila tiba ramadhan,antara perkara yg akan dilakukan ialah....:

1) Puasa
Tahun lepas mama tinggal puasa 21 hari..sb baby br +-4m..fully breastfeeding lak..tu yg x larat nak puasa.harapnye tahun ni dapat la puasa penuh(except time period)..baby pun da 1y++..da mkn solid food..x bnyk menyusu sgt..

2)Buka Puasa
Tiap2 hari buka puasa umah atok(mak mama)..hujung minggu buka puasa umah nenek(mak ayah)..nampaknye sepanjang ramadhan ni x berasap la dapur mama..cuma berasap skit je, sbb nak panaskan lauk sahur..hehe..(sbnrnye klu x ramadhan pun berasap skit2 jer)..hehehe...

3)Solat Tarawikh
Tahun lepas x merasa langsung nak solat tarawikh berjemaah kat masjid..sebab baby kecik...solat kat umah je..tu pun x hari2.bila baby merengek nak tido,bg susu, pastu ngan mama skali lena..hehe..ye la kan..kt breastfeed baring..mn x lelapnyer...tahun ni ntah merasa ntah x mama berjemaah kat masjid.irfan da 1y++..sblm ni klu kluar jalan2, time solat, bwk g surau or masjid, satu surau or masjid tu ditawafnyer...org da dapat kaki, camtulah..berjalan je die..penat nak kejar.

4)Tadarus Al-Quran
Ayah n mama da merancang untuk bertadarus bersama tahun ni..harap menjadi kenyataan untuk tamatkan 30 juzuk..sepatutnya 16/08 haritu ayah n atok(mak mama) berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah dan menjalani ibadah puasa disana..tp mungkin belum ade rezeki mereka..disebabkan wabak H1N1 ini, pemergian mereka terpaksa ditangguhkan..kecewanya mereka, tuhan je yg tahu..tp terpaksa menurut kehendak takdir..cuma mama n ayah akan terus berdoa moga satu hari nnt kita sekeluarga dapat pergi ke tanah suci untuk sama2 menunaikan ibadah umrah..AMIN..

5)Bazar Ramadhan
Tempat wajib mama g hari2 seperti tahun2 lepas...TAPI....tahun ni susah skit nak pg sb skrg kan tgh tersebar wabak yg bahaya ni(H1N1)..nak g pasar minggu pun da takut skrg..ayah pun da pesan awal2..tahun ni, mama x yah g bazar ramadhan..blk keje, ayah singgah, mama pesan je nak ape..ish..ish..x besh la kan..tp bila fikir2 semula.ni semua utk keselamatan irfan..x pe la..mama rela berkorban x g bazar ramadhan.(muncung)..ok la..back to bazar ramadhan..mama paling suka air soya, air tembikai susu, honey chicken wing, murtabak utara, popia, nasi kerabu+burung puyuh dan bnyk lagi...hehe..g pasar rambang mata beli makanan..blk umah x termakan..mama mmg camni..nasib baik ayah blh control skit...

6)Mercun & Bunga Api
Tiap-tiap tahun abg mama akan beli mercun and bunga api..dr kecik lg mmg suker main mercun n bunga api..dulu tangan penah terpercik bunga api..menggelembung bekas kena percikan tu..tp biasala kan..budak2..x seriknyer..lps sapu ubat, main semula..mercun bola n mercun roket mama paling suker..tahun lepas, bila irfan da tido, mama pun buka langkah la..main mercun ngan anak2 buah(sepupu irfan)..dulu abang rajin buat meriam buluh, tp skrg da susah nak cari buluh..main bom je la(lagi hebat)..hehe..

7)Baju Raya
Ayah dan irfan da tempah baju raya kat MZ TAHIR, Wisma Yakin.Baju2 t-shirt n seluar2 ayah n irfan pun sume da beli..kesimpulannye, persiapan raya untuk ayah dan irfan sume da lengkap..mama ni x beli lagi baju raya..ayah x bg shoping sbb x blh bwk irfan..ish..ish..tgh terfikir mn nak cari bj raya ni..nak tempah, da x sempat..ayah kate klu nak g beli, x payah bwk irfan..camne??irfan ni klu x tgk muka mama,siap la die, mencari2,merengek2...maklumla kan..mama ni housewife..24 jam melekat kat mama jer..silap2 mama pakai je bj lame dalam almari tu..hehe..jimat kos..tp nnt x de feel raya la plk..camne ek??nnt la akan difikirkan jalannye utk mama mendapat baju raya yang baru...

8)Kuih Raya
Hmm...mama mmg x pandai masak..apalagi nak bt2 kuih ni..satu je kuih yg mama expert bt..iaitu popia mini..itu pun kulit popia n serunding beli..potong2 kulit popia tu, masukkan serunding, liapt2, sapu telur..pastu goreng..dulu masa zaman2 bujang, setiap kali raya, mama akan buat kuih ni utk bagi kat ayah..sbb kuih ni la yg paling senang nak bt..hehe..tahun ni kuih raya beli kat officemate kakak je..da x boleh shoping..camne nak cari kuih raya..ayah pun beli dr kawan2 die skit2..mama paling suka kerepek2 n asam2...

9)Kemas Rumah
Mama adalah org yang paling penat klu kemas rumah..huh...nak tukar sume kedudukan dalam rumah ni..biar nmpk serba baru..nak raya la katakan..ingat tahun ni nak cat rumah, tp x jadi sbb ayah bz ngan keje die..weekday da kene mengajar kat kolej, weekend ade je keje extra..cari duit lebih..so, umah sume mama yg kena maintain..nasib baik ayah jenis x kisah..mama nak hias umah ni camne pun, ayah ok jer....tahun ni ingat nak tukar langsir je..da 2 tahun guna langsir yg samer..nak cari yg readymade..nak tempah x sempat da..(suker last2 minit tau)...

Anyway...SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.....

Monday, August 17, 2009

Custom Album (Muhammad Irfan)

akhirnya siap album memory untuk irfan.album ni tersimpan gambar mama, ayah dan irfan..sejak dari mama nikah dengan ayah, mama pregnant, deliver irfan hingga umur irfan setahun.
harini ayah hantar softcopy ni utk printing..tak sabar nak tggu album siap. =)
thanks ayah.












Sunday, August 16, 2009

IRFAN





Saturday, August 15, 2009

LIKE FATHER LIKE SON



irfan sangat suka bermain dengan camera..bila diberi peluang, die pun buat la aksi2 macam ayah..semua yang ayah bt ditirunye..anak2 ibarat kain putih..kitalah yang mencorak dan mewarnainya..



Friday, August 14, 2009

RECEIPE

Steam chicken wing with dried longan & red dates

Ingredients
6 chicken wings, wing tips discarded and chopped into bite-sized pieces.
4 dried shitake mushrooms/dired fungus, soaked and shredded.

Herbs·
3 thick(1/2cm) slices of halia
10pcs of dried longan
2 red dates, halved

Seasoning (A)
1/8 tsp salt
1/8 tsp pepper
1/4 tsp sugar
1/2 tsp sesame oil
3-4 tbsp water

Sauce (B)·
1 tbsp oyster sauce
1 tsp light soy sauce
/2 tsp sesame oil
3/4 tsp sugar
1/4 tsp black pepper
1/4 cup of chicken stock

Method
Rinse herbs thoroughly. Mix herbs with seasoning (A) and steam in microwave at high setting (dlm mangkuk cover with piring for 2 minutes. Combine chicken, mushrooms and prepared herbal mixture together. Add in sauce (B) to mix.
Place ingredients in a heat-proof dish(coning/pirex) and steam in microwave for 5-10 minutes until properly cooked.

this receipe is from mama-miya

DISNEY MAGIC ENGLISH

disney magic english ni saya beli masa umur irfan 10m..masa jalan2 kat giant putra height
.ade sorang salesman tarik kitaorg, terangkan pasal produk ni..saya tertarik sbb cara pembelajarannya nampak berkesan.saya beli dengan harga rm1600.klu installment mahal lagi..skrg hari2 msti bagi irfan tengok dvd ni.semoga irfan menjadi seorang anak yang bijak dan soleh..amin..
irfan lah org pertama memegang buku2 magic english ni.excited betul die masa buka kotak haritu..tp skrg ni sy bg die pegang n tengok dvd je..buku2 sume saya simpan dl..tggu die besar skit..takut nnt di koyak2nyer..

RIDERS

tricycle ni ayah beli masa umur irfan hampir setahun.beli kat chow kit.cute sangat.masa ni irfan blm steady berjalan lagi..terjatuh2 die naik basikal ni..tp lame2 die da blh kawal da..
kuda mainan ini adalah hadiah daripada cik o masa birthday irfan..actually kuda ni saya, hubby n mak da g tgk kat kompleks PKNS.x de niat pun nak belikan, pasal masatu br je beli tricycle.cuma bg irfan try naik, die nangis2 plk x nak turun..tp paksa je turun.tiba2 masa birthday irfan, cik o hadiahkan kuda ni.irfan suke sgt.thanks cik o.
kereta mainan ni plk ayah beli kat chow kit jgk..masa belikan tricycle haritu ade jgk usha2 kereta ni.tp masa tu irfan kecik sgt lagi..beli la tricycle dulu..kereta ni blh gerak sendiri bila kita pusing2 stereng die..design roda depan die yg bt die boleh gerak sndri...




Thursday, August 13, 2009

AGEL


Hari ini saya telah menerima bungkusan multivitamin AGEL UMI dr nanie.
saya mengenali nanie melalui forum susuibu.com
memandangkan wabak influenza A H1N1 yang sedang melanda negara, saya mengambil keputusan untuk mengambil multivitamin tersebut..untuk diberi kepada irfan.
saya dan hubby juga akan turut mengambil multivitamin ini.harganye sekotak rm252 yang mengandungi 30 paket.
saya baru pertama kali mencuba produk2 seperti ini. Itupun setelah lebih 2m++ membaca dan meneliti testimoni semua pelanggan yang pernah mengambil produk ini.saya rasakan produk ini amat sesuai untuk meningkatkan dan menguatkan antibodi dalam badan kita..saya harap ia berkesan.

Wednesday, August 12, 2009

MY FAMILY


salam...
time ni irfan -+8m..
the latest family picture not taken yet...
tggu rayer..hehe...
blog ni dicipta khas untuk my beloved son(muhammad irfan)
same2 menyimpan dan menulis kenangan serta hari2 yg kita lalui bersama..
selamat membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...