Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Tuesday, April 19, 2016

pesta buku 2016..diskaun 20% - 40%

bersempena pesta buku 2016, kami memberi tawaran diskaun sebanyak 20% hingga 40% untuk judul buku terpilih.jom tambah koleksi buku bacaan anda dan anak-anak.


antara buku BESTSELLER..!!


✿ 365 tips didik anak gaya nabi rm18
DISKAUN 20% RM14.40

✿ creative parenting today rm13
DISKAUN 20% RM10.40

✿ screaming free parenting rm13
DISKAUN 20% RM10.40

✿ 70 hadis mudah hafal, mudah amal rm25
DISKAUN 20% RM20

✿ 40 tokoh islam rm28
DISKAUN 20% RM22.40

✿ ensiklomini ibadah rm9
DISKAUN 20% RM7.20

✿ ensiklomini akidah rm9
DISKAUN 20% RM7.20

✿ kamus pertama genius soleh rm19.50
DISKAUN 20% RM15.60

✿ 101 info seronoknya bersedekah 9.50
DISKAUN 20% RM7.92 

✿ 101 info seronoknya mengenal al-quran 9.50
DISKAUN 20% RM7.92 

✿ 101 info seronoknya mengenal tokoh islam 9.50
DISKAUN 20% RM7.92 

✿ 101 info seronoknya berpuasa 9.50
DISKAUN 20% RM7.92 

✿ 101 info seronoknya solat 9.50
DISKAUN 20% RM7.92  

✿ 101 info seronoknya mengenal rasulullah 9.50
DISKAUN 20% RM7.92 

✿ 101 info seronoknya berdoa 9.50
DISKAUN 20% RM7.92 

✿ 101 info seronoknya mengenal nabi dan rasul 9.50
DISKAUN 20% RM7.92 
✿ nasihat buat hati rm10
DISKAUN 20% RM8

✿ fahami bacaan dalam solatmu
DISKAUN 30% RM10.50

✿ 500 koleksi resepi chef hanieliza rm35
DISKAUN 20% RM28

✿ KOMBO idea bekal rm60
DISKAUN 20% RM48


BERMINAT BOLEH TERUS WHATSAPP 013 244 3199 (SALIMAH)

facebook : Salimah Olie

Facebook pages : Shop Paradise

instagram : @salimaholie





Wednesday, April 6, 2016

BERSIKAP TENANG DALAM MENGHADAPI SEGALA MUSIBAH DAN CUBAAN.


“Tenang itu bagus, terlalu tenang jangan”. smile emoticon
Tenang disini menunjukan peribadi yang kuat dan teguh. Tenang merupakan tanda bagi manusia yang sedar dan beradab. 
Sebaliknya adalah manusia yang mudah marah kerana sebab yang remeh menunjukkan manusia yang lemah keperibadian, akal dan sifatnya.
Dengan bersikap tenang, Allah swt. akan semakin melipatgandakan balasan kebaikan baginya, karena Allah swt memperlakukan seorang hamba sesuai dengan persangkaan hamba tersebut kepada-Nya.
Meskipun Allah swt. dengan hikmah-Nya yang Maha Sempurna telah menetapkan bahawa musibah itu akan menimpa semua manusia, baik orang yang beriman maupun orang kafir, akan tetapi orang yang beriman memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang kafir, yaitu ketabahan dan pengharapan pahala dari Allah swt. dalam menghadapi musibah tersebut. 
Di samping akan semakin menguatkan ketabahannya, juga akan membuatnya selalu bersikap husnuzh zhann (berbaik sangka) kepada Allah swt dalam semua musibah dan cubaan yang menimpanya.
Di samping sebab-sebab di atas, ada lagi faktor lain yang boleh meringankan semua kesusahan yang dialami seorang Mukmin di dunia ini, iaitu merenungi dan menghayati hikmah-hikmah agung yang Allah swt. jadikan dalam setiap ketentuan yang terjadi pada hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertakwa. 
Dengan merenungi hikmah-hikmah tersebut, seorang Mukmin akan semakin yakin bahawa semua cubaan yang menimpanya, pada hakikatnya adalah kebaikan bagi dirinya, untuk menyempurnakan keimanannya dan semakin mendekatkan dirinya kepada Allah swt.
Mengapa kita sebagai orang Mukmin harus mendapatkan musibah dan cubaan?
Allah swt. menjadikan musibah dan cubaan tersebut sebagai ubat pembersih untuk mengeluarkan semua kotoran dan penyakit hati yang ada pada hamba-Nya.
Allah swt. menjadikan musibah dan cubaan tersebut sebagai sebab untuk menyempurnakan penghambaan diri dan ketundukan seorang mukmin kepada-Nya, kerana Allah swt mencintai hamba- Nya yang selalu taat beribadah kepada-Nya dalam semua keadaan, susah mahupun senang.
Allah swt. menjadikan musibah dan cubaan di dunia sebagai sebab untuk menyempurnakan keimanan seorang hamba terhadap kenikmatan sempurna yang Allah swt. sediakan bagi hamba-Nya yang bertakwa di surga kelak. 
Inilah keistimewaan syurga yang sangat jauh berbeza keadaannya dengan dunia Allah swt. menjadikan syurga-Nya sebagai negeri yang penuh kenikmatan yang kekal abadi, serta tidak ada kesusahan dan penderitaan padanya selamanya. 
Sehingga seandainya seorang hamba terus-menerus merasakan kesenangan di dunia, maka tidak ada ertinya keistimewaan syurga tersebut, dan dikhuatiri hatinya akan terikat kepada dunia, sehingga lupa untuk mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yang kekal abadi di akhirat nanti.
Beberapa perkara yang mesti kita lakukan untuk bersikap tenang dalam menghadapi segala musibah dan cubaan.
~ memiliki ilmu yang benar.
~ yakin sepenuhnya kepada Allah swt.
~ bijak mengawal diri dengan sebaik-baiknya.
~ sempurnakan ikhtiar untuk mendapatkan pertolongan-Nya.
"setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya"
Semoga bermanfaat dan mendapat redho Allah.Insyaallah
----------------------------------------------------------------------------------------------
dapatkan buku 70 hadis mudah hafal dan mudah amal 

pm/whatsapp 013 244 3199 (salimah)

Thursday, March 24, 2016

CREATIVE PARENTING TODAY


Topik Menarik daripada Buku Creative Parenting Today :

MELATIH SUPAYA ANAK GEMAR MEMBACA
Satu daripada sejumlah pintu supaya ilmu masuk ke dalam otak manusia adalah dengan membaca, anak bukan sahaja mengasah ketajaman berfikir tetapi juga kekuatan mentalnya. Begitu juga sebaliknya. Anak yang suka membaca belum tentu tahu membaca tetapi dia akan bersemangat untuk belajar membaca. 
Suasana bermain, keseronokan dan kesanggupan anak-anak amat besar pengaruhnya dalam melahirkan minat membaca. oleh kerana itu, cipta suasana yg menyeronokkan dan tanamkan minat membaca pada diri anak anak sejak mereka kecil. Sebagai hasilnya nanti, buku akan menjadi alat bermain yg paling menyenangkan untuk anak anak.

TIP MENGAJAR ANAK SUPAYA GEMAR MEMBACA
- Ketika masih bayi, biarkan anak memegang, melihat, malah mengigit buku. Beri anak kesempatan untuk bermain dengan buku
- Baca buku di mana dan pada bila bila masa pun.
-Tampal tulisan-tulisan dan gambar-gambar yang besar dan jelas di sekitar rumah, terutamanya di tempat kegemaran mereka.
- Beri buku-buku bergambar dan tanpa teks. Warna yang terang dan menarik akan merangsang minat anak bagi membaca, sekali gus membangkitkan rasa ingin tahu.
-Komik juga menarik. Komik boleh digunakan sebagai pemancing rasa ingin tahu dan minat membaca anak-anak, tetapi pilihlah komik yang sesuai.
- Adakan acara-acara menarik. Contohnya membaca di bawah meja makan.
-sesekali bawa anak ke kedai buku, pameran buku, dan perpustakaan.
-sediakan alat perakam dan rakam suara anak kita yang sedang membaca buku
- Biasakan menulis surat ataupun nota kepada anak- anak di rumah. Contohnya dengan meletak pesanan pada peti sejuk ataupun buatlah papan pesanan dirumah.
-Ajak anak anak bertemu dengan pengarang buku, pelukis, penjual buku, dan juga penerbit buku.
-Galakkan anak anak membaca tulisan tulisan yang terdapat pada kota bungkusan makanan ataupun minuman.
-Silang kata juga dpat mendorong minat membaca anak anak
-Beri peluang dan galakan kepada anak ank bagi menulis apa yang mereka lihat,dengar,pegang dan lain lain.
-Sokong hobi anak anak dan cuba kaitkanj dengan buku. Contohnya buku tentang setem untuk anak anak yang suka mengumpul setem, buku tentang anak patung untuk anak yang suka bermain anak patung dan sebagainya.
-Budaya membaca boleh dikembangkan bermula dari sebuah bilik keluarga yang serba lengkap. Sediakan buku-buku yang mudah diambil anak, adakan alat alt mainan serta letakkan karya-karya anak, Jadikan semuanya lengkap disitu.
-Galakan anak memilih buku bukunya sendiri dengan bimbingan kita supaya tidak tersalah pilih.
-Tunjukkan kepada anak tabiat membaca dan menyimpan buku yang baik dan konsisten.

MENGGUNAKAN TEKNIK BERCERITA SEBAGAI CARA BELAJAR DAN BERMAIN.
Banyak kajian membuktikan bercerita mempunyai pelbagai manfaat. Bukan sahaja sejak bayi, malah semasa anak masih dalam kandungan pun, iaitu apabila pendegaranya mula berfungsi kita sudah boleh membaca buku untuknya.

MANFAAT BERCERITA

1. Cerita cerita yang didengar anak sejak bayi akan mengaktifkan simpul simpul saraf di otak dan membuat otaknya lebih aktif. Ini ada kaitan dengan perkembagan kecerdasan intelektualnya.
2. Cerita yang disampaikan dapat merangsang pancaindera bayi, terutamanya pendengaran dan penglihatan sehingga anak terlatih menerima begitu banyak maklumat.
3. Banyaknya maklumat yang diterima akan memaksimumkan tumbesaran anak. jadi usah hairan sekiranya bayi yang selalu mendegar cerita akan lebih cepat meniarap, merangkak dan sebagainya. itu adalah kerana perkembagan otaknya lebih optimum.
4. perkembagan otak yg optimum juga akan menjadikan anak lebih cepat menerima apa sahaja yg diajarkan kepadnya.
5. Anak yang sering mendegar ibu bapanya bercerita akan membesar menjadi anak yang lebih peka. Kepekaan ini akan melahirkan sikap sikp positif yang lain seperti perasaan ingin tahu, yakin diri, dan lain lain. dengan kata lain kecerdasan emosional, spiritual dan ketahanan mental akan berkembang.
6. Pada umumnya cerita akan lebih berkesan berbanding nasihat kerana cerita akan terakam denga lebih kuat dalam ingatan.
7. cerita juga menjadikan otak menjadi rileks.









CREATIVE PARENTING TODAY
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-145-8 

Tarikh Terbit: 9 Apr 2014
Jumlah Muka Surat : 136
Berat(kg): 0.18


HARGA : RM13 
ADD POSLAJU RM7(SM)


PM/WHATSAPP 013 244 3199 (salimah)

Creative Parenting Today adalah kaedah mengasuh dan mendidik anak-anak secara kreatif
yang menjadikan anak-anak selangkah lebih maju daripada zamannya.

Anak-anak lebih berani mencerap idea malah inovatif dan melakukan perubahan positif.
Asuhan ibu bapa yang kreatif menjadikan aktiviti pembelajaran dan pengajaran lebih
menarik, tidak bosan, malah wujud suasana yang membahagiakan.

"Imaginasi kreatif lebih penting daripada menghimpunkan banyak pengetahuan."
-Albert Einstein

Testimoni 
Bab 1: Apakah Itu Kreatif? 
Maksud Kreatif 
Mengapakah Kreativiti Penting? 
Bilakah Kreativiti Berkembang? 
Penghalang Kreativiti Anak-Anak 

Bab 2: Mengapakah Ibu Bapa Perlu Kreatif? 
Perubahan dalam Pelbagai Aspek Kehidupan 
Kreativiti sebagai Modal Hidup 
Creative Parenting TodayPentingnya Semangat Terus Belajar dan Berubah 
Anak-Anak Memerlukan Ibu Bapa yang Kreatif 

Bab 3: Dasar-Dasar Mendidik Anak 
Anak adalah Pelaburan Masa Hadapan 
Pendidikan Bermula sewaktu Pemilihan Pasangan 
Mendidik Bayi dalam Kandungan
Pendidikan Perlu Dibuat secara Berperingkat 
Pendidikan Bermula dengan Perkara yang Ringan dan Mudah 
Mendidik dengan Cara yang Menyenangkan 

Bab 4: Mengenal Dunia Anak 
Dunia Anak adalah Dunia Bermain 
Keadaan Perkembangan Anak 
Cara Anak Berfikir 
Kepintaran Majmuk Anak 

Bab 5: Perangsang Karakter Positif dan Kreativiti Anak 

Bab 6: Cara Melatih Diri untuk Berfikir Kreatif 

Bab 7: Pengalaman dan Tip-Tip Praktikal 
Memperkenalkan Keagungan Allah s.w.t. 
Menanamkan Rasa Cinta kepada Rasul 
Mengajak Anak Mencintai Al-Quran 
Melatih Anak Berpuasa 
Mengatasi Pengaruh Buruk Televisyen 
Cara Bijak ‘Memarahi Anak’ 
Mewujudkan Komunikasi yang Menyenangkan kepada Anak 
Menghargai Gaya Pembelajaran Anak 
Melatih Anak Menghadapi Masalah
Melatih supaya Anak Gemar Membaca 
KandunganMenggunakan Teknik Bercerita sebagaiCara Belajar dan Bermain 
Mencipta Humor Kreatif untuk Anak 
Merangsang dan Memupuk Kreativiti 

20 PERKARA PENTING – Komunikasi yangMenyeronokkan dengan Anak 

Bibliografi

Biodata Penulis






Sunday, December 20, 2015

PAKEJ SIRI CEPAT BACA 3 DALAM 1 (BM, BI DAN AL-QURAN)










Nak ajar anak membaca? Tips ajar anak cepat membaca untuk ibubapa mengajar anak2 mereka sendiri di rumah

Formula pertama:
Sediakan suasana pembelajaran yang selesa di tempat belajar. Maksud saya kemas dan bersih. Yang utamanya, Jangan ada sebarang permainan di kawasan tersebut.

Formula kedua:
Tengok mood anak2Pastikan dia tenang dan boleh beri tumpuan. Pastikan dia telah makan dan tidur. Agar dia boleh beri tumpuan sewajarnya waktu kita hendak kenalkan huruf.

Formula ketiga:
Jangan lebih dari 5 minit untuk mengajarnya kerana kanak2 , jenis kinestatik dan cepat bosan. Lepas beberapa minit ajar lagi dia.

Formula ke4:
Satu bunyi (kita guna phoinic) untuk satu hari. Contoh b. So hari tu just cerita pasal b je.... Ini semua untuk dia lebih kenal b n bunyinye. If kat tadika saya b tu diajar selama seminggu dengan pelbagai methord.

Formula ke 5:
Kenalkan huruf kecil dahulu peringkat awal. Selepas itu ajar tulis huruf kecil dahulu. Di tadika saya bila umur 6 tahun baru saya ajar huruf besar. Ini agar tak mengelirukan pelajar. Lagi pun huruf kecil yabg banyak digunakan dalam sesuatu ayat. Buat pengetahuan, kanak-2 mesti diajar satu persatu. Bila dia sudah mahir baru pindah ke tajuk lain.

Nurani Mohd Fahmi pada umur 3tahun 8 sudah guna buku 8 dalam set bacalah anakku, buku 4 dalam set readeasy dan sekarang Noraini dah boleh membaca..bestnye..

whatsapp ke 013 244 3199 untuk order!

Dapatkan 3 SET MEMBACA ini sekarang juga ! Khadijah pandai membaca Al-Quran pada umur 4 tahun 2 bulan dengan bantuan set buku Al-Furqan. Saya beli buku Al-Furqan pada 15 Februari 2012 ketika umurnya 3 tahun 10 bulan dan menghabiskan 4 buku dalam tempoh 4 bulan sahaja. Seterusnya, saya beli Muqaddam pada 25 Jun 2012 untuk menguji kebolehan beliau membaca Al-Quran. Macam tak percaya, anak saya dah pandai membunyikan setiap ayat Al-Quran dengan betul..ternyata keberkesanan Set Al-Furqan membantu anak saya cepat membaca Al-Quran (testimoni Puan Butiwana dari Labuan)

Set Bacakah Anakku untuk ajar anak membaca Bahasa Melayu
Set ReadEasy Untuk mengajar anak membaca Bahasa Inggeris
Set Buku Al-Furqan untuk membantu anak belajar membaca Al-Quran

Panduan untuk ibubapa:
Pastikan ibubapa melihat dulu kandungan VCD sampai habis dan membaca dulu panduan mengajar yang disediakan dalam set ini.Setelah itu, barulah mula mengajar anak menggunakan VCD dan buku-buku yang ada dalam set ini.

Apa lagi, jom la order sekarang juga!

Siri Cepat Membaca Kaedah Fonetik ini adalah gabungan 3 buku yang menggunakan Kaedah Fonetik iaitu
1) Set Bacalah Anakkku
2) Set Buku Al-Furqan
3) Set ReadEasy Phoenics

Mengapa? Kaedah fonetik adalah kaedah yang paling sesuai dengan kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Kajian telah menunjukkan bahawa otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu. Kaedah lain bukan sahaja tidak sesuai untuk kanak-kanak bahkan menyusahkan mereka, lambat, mengelirukan dan membebankan memori.
Testimoni Produk
"Alhamdullilah anak2 saya dpt membaca di usia 5 year dengan bantuan ReadEasy & Bacalah Anakku. Sekarang tengah fokuskan math pulak.. mengira cam tak cukup jari.. dengan jari2 kaki sekali guna." -Puan Shikin
"Alhamdullilah, sepanjang saya mengajar Bacalah Anaku, murid-murid dapat membunyikan dengan baik dan betul. Di samping itu kaedah fonik memboleh murid-murid membaca dengan cepat kerana mereka dapat mengenal dan mengingat bunyi huruf berbanding mengingat nama huruf." -Nabilah binti Othman-Peserta Kursus Bacalah Anakku di Hotel Swiss Inn, Sungai Petani

1) Set Bacalah Anakku
Penulis: Nik Eliani Nik Nawi & Othman Ahamad
ISBN: 983-867-239-4
Kandungan Pakej:
8 Buah Buku,
1 Buku Panduan Untuk Ibu Bapa Mengajar Anak-Anak, 1 VCD dan 12 Keping Kad Imbas
Penerbit:One Stop Computer and Language Consultancy
Tahun: November 1996
Mengenai Produk
* Sistem Fonetik
* Suku kata mudah
* Bermakna dan berulang
* Dua warna
* Berima
* Kurang Gambar
Peringatan Untuk Ibu bapa:
Pastikan ibubapa melihat dulu kandunganVCD sehingga habis dan membaca dulu panduan mengajar yang disediakan dalam set ini.
Setelah itu, barulah mula mengajar anak menggunakna VCD dan buku-buku yang ada dalam set ini.

2) Set Buku Al-Furqan
Penulis: Kamal Mahyuddin Harun & Zakiah Yob
ISBN: 978-983-3901-53-1 (Edisi Bestari)
Kandungan Pakej:
4 Buah Buku dan 1 VCD Panduan Mengajar Al-Furqan
Penerbit: ReadNetwork
Tahun: Ogos 2001
Mengenai Produk
Sistem Al-Furqan telah disusun supaya anak anda dapat membaca Al-Quran dengan cara yang paling mudah, seawal mungkin, cepat dan efektif. Ia dilengkapi dengan kaedah mengajar yang kreatif dan efektif. Terbukti kanak-kanak yang dapat membaca Al-Quran lebih awal, sebelum bersekolah lagi sering mendapat kejayaan cemerlang dalam pelajaran, berakhlak mulia dan tenang.
Keistimewaan Produk
* Sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas
* Mengikut kaedah fonetik
* Disusun secara sistematik - 14 huruf lazim diikuti huruf bermakhraj
* Perkataan bermakna dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Arab
* Kemahiran diperkenal secara bertahap
* Illustrasi dan kad imbasan menarik

3) Set Readeasy Phonic
Penulis: Nik Eliani Nik Nawi & Othman Ahamad
ISBN: 983-867-240-8
Kandungan Pakej:
8 Buah Buku, 1 VCD Panduan dan 6 Keping Kad Imbas
Penerbit: One Stop Computer and Language Consultancy
Tahun: 2001
Mengenai Produk
Terbukti bahawa belajar membaca melalui kaedah fonetik adalah cara paling semulajadi bagi kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas. Kajian saintifik juga telah mengesahkan bahawa otak manusia membaca dengan memecahkan perkataan kepada bunyi. Siri membaca berasaskan fonetik ini telah dirancang secara sistematik dengan pendekatan langkah-demi-langkah adalah kesemua yang anda perlukan untuk membantu anak anda membaca dalam Bahasa Inggeris. Ia juga dapat membantu bukan pengguna Bahasa Inggeris untuk memahami bahasa tersebut dengan mudah.
Keistimewaan Produk
* Sistem Fonetik
* Suku kata mudah
* Bermakna dan berulang
* Dua warna
* Berima
* Kurang Gambar

HARGA : RM115 percuma 3poster 
PM/WHATSAPP 013 244 3199 (salimah)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...