Thursday, March 24, 2016

CREATIVE PARENTING TODAY


Topik Menarik daripada Buku Creative Parenting Today :

MELATIH SUPAYA ANAK GEMAR MEMBACA
Satu daripada sejumlah pintu supaya ilmu masuk ke dalam otak manusia adalah dengan membaca, anak bukan sahaja mengasah ketajaman berfikir tetapi juga kekuatan mentalnya. Begitu juga sebaliknya. Anak yang suka membaca belum tentu tahu membaca tetapi dia akan bersemangat untuk belajar membaca. 
Suasana bermain, keseronokan dan kesanggupan anak-anak amat besar pengaruhnya dalam melahirkan minat membaca. oleh kerana itu, cipta suasana yg menyeronokkan dan tanamkan minat membaca pada diri anak anak sejak mereka kecil. Sebagai hasilnya nanti, buku akan menjadi alat bermain yg paling menyenangkan untuk anak anak.

TIP MENGAJAR ANAK SUPAYA GEMAR MEMBACA
- Ketika masih bayi, biarkan anak memegang, melihat, malah mengigit buku. Beri anak kesempatan untuk bermain dengan buku
- Baca buku di mana dan pada bila bila masa pun.
-Tampal tulisan-tulisan dan gambar-gambar yang besar dan jelas di sekitar rumah, terutamanya di tempat kegemaran mereka.
- Beri buku-buku bergambar dan tanpa teks. Warna yang terang dan menarik akan merangsang minat anak bagi membaca, sekali gus membangkitkan rasa ingin tahu.
-Komik juga menarik. Komik boleh digunakan sebagai pemancing rasa ingin tahu dan minat membaca anak-anak, tetapi pilihlah komik yang sesuai.
- Adakan acara-acara menarik. Contohnya membaca di bawah meja makan.
-sesekali bawa anak ke kedai buku, pameran buku, dan perpustakaan.
-sediakan alat perakam dan rakam suara anak kita yang sedang membaca buku
- Biasakan menulis surat ataupun nota kepada anak- anak di rumah. Contohnya dengan meletak pesanan pada peti sejuk ataupun buatlah papan pesanan dirumah.
-Ajak anak anak bertemu dengan pengarang buku, pelukis, penjual buku, dan juga penerbit buku.
-Galakkan anak anak membaca tulisan tulisan yang terdapat pada kota bungkusan makanan ataupun minuman.
-Silang kata juga dpat mendorong minat membaca anak anak
-Beri peluang dan galakan kepada anak ank bagi menulis apa yang mereka lihat,dengar,pegang dan lain lain.
-Sokong hobi anak anak dan cuba kaitkanj dengan buku. Contohnya buku tentang setem untuk anak anak yang suka mengumpul setem, buku tentang anak patung untuk anak yang suka bermain anak patung dan sebagainya.
-Budaya membaca boleh dikembangkan bermula dari sebuah bilik keluarga yang serba lengkap. Sediakan buku-buku yang mudah diambil anak, adakan alat alt mainan serta letakkan karya-karya anak, Jadikan semuanya lengkap disitu.
-Galakan anak memilih buku bukunya sendiri dengan bimbingan kita supaya tidak tersalah pilih.
-Tunjukkan kepada anak tabiat membaca dan menyimpan buku yang baik dan konsisten.

MENGGUNAKAN TEKNIK BERCERITA SEBAGAI CARA BELAJAR DAN BERMAIN.
Banyak kajian membuktikan bercerita mempunyai pelbagai manfaat. Bukan sahaja sejak bayi, malah semasa anak masih dalam kandungan pun, iaitu apabila pendegaranya mula berfungsi kita sudah boleh membaca buku untuknya.

MANFAAT BERCERITA

1. Cerita cerita yang didengar anak sejak bayi akan mengaktifkan simpul simpul saraf di otak dan membuat otaknya lebih aktif. Ini ada kaitan dengan perkembagan kecerdasan intelektualnya.
2. Cerita yang disampaikan dapat merangsang pancaindera bayi, terutamanya pendengaran dan penglihatan sehingga anak terlatih menerima begitu banyak maklumat.
3. Banyaknya maklumat yang diterima akan memaksimumkan tumbesaran anak. jadi usah hairan sekiranya bayi yang selalu mendegar cerita akan lebih cepat meniarap, merangkak dan sebagainya. itu adalah kerana perkembagan otaknya lebih optimum.
4. perkembagan otak yg optimum juga akan menjadikan anak lebih cepat menerima apa sahaja yg diajarkan kepadnya.
5. Anak yang sering mendegar ibu bapanya bercerita akan membesar menjadi anak yang lebih peka. Kepekaan ini akan melahirkan sikap sikp positif yang lain seperti perasaan ingin tahu, yakin diri, dan lain lain. dengan kata lain kecerdasan emosional, spiritual dan ketahanan mental akan berkembang.
6. Pada umumnya cerita akan lebih berkesan berbanding nasihat kerana cerita akan terakam denga lebih kuat dalam ingatan.
7. cerita juga menjadikan otak menjadi rileks.









CREATIVE PARENTING TODAY
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-145-8 

Tarikh Terbit: 9 Apr 2014
Jumlah Muka Surat : 136
Berat(kg): 0.18


HARGA : RM13 
ADD POSLAJU RM7(SM)


PM/WHATSAPP 013 244 3199 (salimah)

Creative Parenting Today adalah kaedah mengasuh dan mendidik anak-anak secara kreatif
yang menjadikan anak-anak selangkah lebih maju daripada zamannya.

Anak-anak lebih berani mencerap idea malah inovatif dan melakukan perubahan positif.
Asuhan ibu bapa yang kreatif menjadikan aktiviti pembelajaran dan pengajaran lebih
menarik, tidak bosan, malah wujud suasana yang membahagiakan.

"Imaginasi kreatif lebih penting daripada menghimpunkan banyak pengetahuan."
-Albert Einstein

Testimoni 
Bab 1: Apakah Itu Kreatif? 
Maksud Kreatif 
Mengapakah Kreativiti Penting? 
Bilakah Kreativiti Berkembang? 
Penghalang Kreativiti Anak-Anak 

Bab 2: Mengapakah Ibu Bapa Perlu Kreatif? 
Perubahan dalam Pelbagai Aspek Kehidupan 
Kreativiti sebagai Modal Hidup 
Creative Parenting TodayPentingnya Semangat Terus Belajar dan Berubah 
Anak-Anak Memerlukan Ibu Bapa yang Kreatif 

Bab 3: Dasar-Dasar Mendidik Anak 
Anak adalah Pelaburan Masa Hadapan 
Pendidikan Bermula sewaktu Pemilihan Pasangan 
Mendidik Bayi dalam Kandungan
Pendidikan Perlu Dibuat secara Berperingkat 
Pendidikan Bermula dengan Perkara yang Ringan dan Mudah 
Mendidik dengan Cara yang Menyenangkan 

Bab 4: Mengenal Dunia Anak 
Dunia Anak adalah Dunia Bermain 
Keadaan Perkembangan Anak 
Cara Anak Berfikir 
Kepintaran Majmuk Anak 

Bab 5: Perangsang Karakter Positif dan Kreativiti Anak 

Bab 6: Cara Melatih Diri untuk Berfikir Kreatif 

Bab 7: Pengalaman dan Tip-Tip Praktikal 
Memperkenalkan Keagungan Allah s.w.t. 
Menanamkan Rasa Cinta kepada Rasul 
Mengajak Anak Mencintai Al-Quran 
Melatih Anak Berpuasa 
Mengatasi Pengaruh Buruk Televisyen 
Cara Bijak ‘Memarahi Anak’ 
Mewujudkan Komunikasi yang Menyenangkan kepada Anak 
Menghargai Gaya Pembelajaran Anak 
Melatih Anak Menghadapi Masalah
Melatih supaya Anak Gemar Membaca 
KandunganMenggunakan Teknik Bercerita sebagaiCara Belajar dan Bermain 
Mencipta Humor Kreatif untuk Anak 
Merangsang dan Memupuk Kreativiti 

20 PERKARA PENTING – Komunikasi yangMenyeronokkan dengan Anak 

Bibliografi

Biodata Penulis






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...