

Semalam kami memenuhi jemputan rumah terbuka dari Rumah Anak-Anak Yatim & Anak-Anak Hidayah (RAYDAH) Al-Taqwa bertempat di Lot 3011, Kg. Baru, Jalan Felcra Semungkis, Batu 14 1/2 Sungai Gahal, 43100 Hulu langat, Selangor.Sedikit cerita mengenai RAYDAH Al-Taqwa ini..
RAYDAH Al-Taqwa ini adalah dibawah kelolaan Persatuan Anak-Anak Yatim Malaysia (PAYM).Tertubuhnya adalah demi menyahut seruan Rasulullah S.A.W seperti sabdanya :
"Orang yang memelihara anak yatim maka (aku) Nabi dan dia adalah seperti dua jari semasa berada di dalam syurga" Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim.
PAYM ditubuhkan untuk mengurus dan mengendalikan keperluan kebajikan anak-anak yatim, fakir miskin dan yang kurang bernasib baik, melalui penyediaan keperluan asas kehidupan harian, persekolahan, pembinaan akhlak dan rohani, dengan matlamat ke arah kesempurnaan insaniah dari segi jasmani dan rohani.
PAYM dinaungi tokoh-tokoh agama dari kalangan mufti-mufti bermula dengan bekas Mufti Wilayah Persekutuan Y.Bhg Sahibul Samahah Dato' Hj Md Hashim bin Hj Yahya sebagai penaung pertama.Setelah beliau bersara, Y.Bhg Sahibul Samahah Dato' Dr. Prof Madya Mohammed Yusoff bin Hussein pula mengambil alih dan terkini PAYM dinaungi oleh Mufti Negeri Sembilan Y.Bhg Sahibul Samahah Dato' Hj Mohd Murtadza bin Hj. Ahmad. Manakala , Penasihat & Pengasas PAYM adalah Y.Bhg Tuan Guru Ustaz Haji Ahmad Al Kholidiyah dan di bantu oleh Yang DiPertua Sdr. Idris Musa serta barisan Ahli-ahli Jawatankuasa yang berkhidmat secara sukarela.
RAYDAH Al-Taqwa ini mempunyai kumpulan mereka sendiri.Kumpulan ini menerima jemputan sama ada orang perseorangan atau organisasi untuk mengadakan persembahan di majlis rasmi, majlis perkahwinan, majlis marhaban, majlis tahlil & doa selamat, majlis berzanji, majlis sambutan hari lahir, kumpulan kompang kahwin, majlis malam berinai, majlis khatam al-quran dan majlis cukur jambul.
Sokongan melalui sumbangan derma dari orang ramai, syarikat dan organisasi adalah amat diperlukan oleh RAYDAH Al-Taqwa untuk pembiayaan :
1. Perbelanjaan bulanan seperti makanan, minuman, alatulis, buku, pakaian, pengangkutan persekolahan dan sebagainya.
2. Pembinaan beberapa bangunan baru untuk pentadbiran, dapaur, stor, bilik air & tandas.
3. Menaik taraf prasarana seperti pembinaan kawasan riadah dan gelanggang pelbagai.
PAYM adalah sebuah persatuan yang berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN NO : 01/35/42/51/139-6.5460). Sila dapatkan resit rasmi PAYM untuk pengecualian cukai pendapatan.
panjang plk entri ni..hehe..tp sy mmg berniat untuk membantu RAYDAH Al-Taqwa ini.sekiranya anda semua mempunyai rezeki yang lebih sudilah kiranya anda bermurah hati untuk sama-sama membantu mereka yang kurang bernasib baik ini..anda bolehlah menghubungi :
Sdr. Mohd Nidzam (012-2544962)
Sdr. Md Irwan (014-2251350)
Sdr. Ahmad Faridz (012-3088707)
Sdr. Ahmad Naspu (013-3945013)
Sdr Idris Musa (016-3592372)
Kemurahan hati saudara semua saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih...