Saturday, August 2, 2014

tips bayi tidur lena


sebagai ibu kepada 3 orang anak lelaki yg sihat dan aktif.memang mencabar...huhu...tapi inilah pengalaman yang paling berharga bagi saya.dan waktu mereka tido adalah waktu terbAik utk mereka berehat..jadi, saya akan pastikan tido mereka selesa dan mereka akan tido lena.bila mereka dapat rehat yang sempurna, esok hari mereka akan bangun dengan ceria dan aktif seperti biasa.

saya kongsikan tips yg saya praktikkan agar anak boleh tido lena dan selesa.inshaallah, semoga bermanfaat.

1. Mandikan/lapkan dengan air suam sebelum tidur.
Biasanya saya akan lap2 je badan anak2 dan tukarkan pampers..mandi malam bila betul2 perlu sahaja, contohnya baru balik dr kampung dan sampai rumah waktu malam.kena mandilah kan sbb mesti badan tak selesa bila tak mandi ptg.sbb mandi malam pun tak elok untuk kesihatan.

2. Urut seluruh badan dengan baby oil. 
Kuasa urutan memang hebat! Bukan orang dewasa sahaja suka diurut, bayi juga. Urutan melegakan tekanan, memberikan ketenangan, membantu meransang pertumbuhan dan perkembangan bayi dengan lebih cepat, menguatkan otot dan tulang dan sudah tentu merapatkan hubungan kasih antara ibu dan anak.Saya gunakan baby oil lavender..

3. Dodoikan dengan zikir/lagu kegemaran dia
Muzik atau alunan lagu yang perlahan boleh membantu bayi tidur lena. Sambil menyusu, saya bacakan surah-surah pendek dan bernasyid atau berzikir. Insyaallah, ia juga membantu perkembangan rohani bayi..dan dijauhkan dari gangguan syaitan..

4. Elakkan merangsang bayi ketika dia hampir tidur.
Contohnya mengagah, bunyikan rattle, bagi dia teether..=) biasanya anak2 yg besar selalu suka ajak adik die main waktu sebelum tido..mmg saya paksa pejam mata je..huhu...kalau tak, mmg x berhenti main jer..

5. Biarkan dia bermain sampai letih. Baru dibawa untuk tidur. 
Ada yang cakap kat saya, kena jadualkan waktu tidur bayi. Jangan biar bayi yang buat jadual sendiri. Saya cuba, selepas Isyak bawa masuk bilik untuk ditidurkan walaupun matanya masih bulat. Dan hasilnya, saya stress. Sebab dia masih tak nak tidur, dan apa yang saya dapat hanyalah penat. So, saya biarkan sahaja dia bermain, menjerit, tengok TV etc...sampai lah dia menangis dan merengek untuk minta susu. Inilah masa terbaik untuk ditidurkan..=)

6. Pastikan tempat tidurnya selesa
Tiada semut, debu etc yang boleh menganggu..tak terlalu sejuk dan tak terlalu panas. 

okey...SELAMAT MALAM...jangan lupa baca doa tido... ;)

No comments:

Post a Comment