Monday, December 6, 2010

salam maal hijrah 1432

satu muharram detik permulaan
perkiraan tahun islam hijrah
perpindahan nabi dan umat islam
dari kota mekah ke kota madinah

atas keyakinan dan iman yang teguh
kaum muhajirin dan ansar bersatu
rela berkorban harta dan nyawa
demi menegakkan islam tercinta

hijrah itu perjuangan
hijrah itu pengorbanan
hijrah itu persaudaraan
hijrah membentuk perpaduan

oleh itu...mari semua...
kita sambut maal hijrah
tingkatkan semangat
tegakkan syiar islam
untuk sepanjang zaman

teringat dulu masa sekolah rendah..setiap tahun mesti ade pertandingan nasyid bila tiba maal hijrah.
dan lagu ni la yg akan dipertandingkan oleh kumpulan nasyid mama..
mama masa sekolah rendah aktif jgk..
slalu masuk mcm2 pertandingan.
nasyid, bercerita, syair, n acara2 sukan..
bila masuk sekolah menengah...
errmmm...senyap sunyi.mama x aktif langsng.
nape ntah...

malam ni berakhirlah tahun 1431h..masuklah kita ke tahun yang baru iaitu 1432h..
semoga dengan kedatangan tahun baru ni kehidupan kita semua akan lebih diberkati..insyaallah..

1 comment:

  1. salam maal hijrah
    salam kenal..saya dah follow.jemputla keblog bertukar2 info...cerita...bertukar2 followers danblog list

    ReplyDelete