Tuesday, May 11, 2010

NAMA ANAK

Di dalam Islam, kita dianjurkan supaya memilih nama-nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak kita. Ini kerana nama itu akan menjadi pengenalan dan panggilan kepada anak kita seterusnya melambangkan dan membezakan antara kita dengan orang lain
lebih-lebih lagi antara Muslim dengan bukan Muslim. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:

"Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari qiamat dengan nama-nama kamu, dan
nama-nama bapa kamu, maka perindahkanlah nama-nama kamu itu."

(Riwayat Abu Daud)

Dalam menamakan anak ini syarak telah menetapkan beberapa panduan untuk memilih nama anak sebagai berikut:
a. Hendaklah nama yang dipilih itu memberi pengertian dan maksud yang baik. Sehubungan dengan itu kita dilarang untuk menamakan anak-anak kita dengan nama yang buruk yang boleh menjejaskan kehormatan dan mungkin menjadi sendaan dan memalukan anak tersebut.
b. Jangan namakan anak dengan nama-nama yang khusus kepada nama Allah seperti Ahad, Ar-Rahman, AL-Khalid dan sebagainya. Sekiranya nama ini hendak diberikan kepada anak kita maka hendaklah disertai dengan nama lain di hadapannya seperti Abdul Rahman, Abdul Khalid dan sebagainya.
c. Jangan menggunakan nama yang dikaitkan dengan Abdul (hamba kepada lain dari Allah seperti Abdul Uzza (hamba berhala Uzza), Abdul Nabi (hamba kepada nabi) dan sebagainya.Ulama bersepakat mengatakan bahawa menamakan sedemikian adalah haram.
d. Elakkan dari menamakan anak dengan nama-nama orang kafir atau nama-nama yang menyerupai nama bukan Islam seperti Jon, Sally, sebagainya.

mama tgh memilih2 nama utk bakal adik irfan nnt..tp blm confirm lg nama boy or girl..klu blh nak cari nama yg simple2 mcm irfan jgk..nama anak2 mama plk mmg x de specific mcm nak huruf i kat depan ker..mama n ayah letak jer nama ape2..janji nama tu membawa maksud yg baik dan sedap di dengar..may b next month da blh scan utk tgk jantina..dalam fikiran mama ni nak nama nur aisyah jer.. :)

4 comments:

  1. hope dpt ank yg comel n sihat nnt..

    ReplyDelete
  2. kita dl excited gk bab nak namakan anak ni..tp yg pasti rujuk buku la kan, pastikan ada makna yg baik2.. ^_^

    ReplyDelete
  3. fieza>tq
    mamalieyna>tu la..hubby kate cepat beno nak cari nama..padahal br preggy 5m++..hehe..xcited..

    ReplyDelete
  4. slm,
    eb nk mtk emel add boleh?... eb nk invite msk blog sbb terpaksa privatisekan... sori yer sshkan... tq..
    abbyal_bakri@yahoo.com

    ReplyDelete