Tuesday, December 1, 2015

SELAMAT PENGANTIN BARU ALONG

14 NOVEMBER 2015, alhamdulillah, selamat bergelar suami anak sedara saya yang sulung.umurnya 25 tahun.tahniah..semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke syurga..

nikah beramai-ramai anjuran majlis agama islam daerah hulu langat.


HOMEMADE PIZZA

Ni kes hari ahad pagi..sarapan pizza..nyum3..tak yah g beli kat dominos atau pizza dah pasni...rajin ngan tak rajin je membuatnye...sedap hingga menjilat jari ni...hihi





KEK COKLAT MOIST MUDAH DAN SEDAP

Assalamualaikum

ni kejadian pagi semalam.tekak rasa nak makan kek coklat moist.ada pulak kawan yang share resepi kek coklat yang simple dimple.apelagi, pung pang pung pang kat dapur, siap la moist coklat cake yang sedap dan lazat ni..di tambah pulak dengan ice cream...hihi

resepinya kat bawah ye..

nyum3 ngan ice cream

ice cream posing baik punye..


berkilatttt topping tu....hihi

CHOCOLATE MOIST CAKE
BAHAN A
1 cawan gula pasir
1 cawan koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak

BAHAN B
3/4 cawan tepung gandum
1 sdt bicarbonate of soda
1 sdt baking powder

BAHAN C
4 Biji telur di blend hingga kembang
1sdt essence vanilla

• Satukan semua BAHAN A dalam periuk.
• Masak dengan api yg kecil dan sentiasa kacau. 
• Tutup api apabila sudah mendidih dan tunggu hingga sejuk sedikit, masukkan BAHAN B & C secara berselang seli. Kacau rata.
• Masukkan dalam bekas kecil anggaran separuh dari bekas sahaja kerana adunan akan naik tinggi apabila dikukus dan kukus hingga masak.
• Pastikan air kukusan sudah mendidih, baru kukus kek tersebut. 
• Kukus dlm anggaran 10-15 minit.
• Tutup / balut penutup pengukus dengan kain agar air wap tidak menitik ke atas kek anda.
• Bila sudah masak, sejukkan dahulu baru tuangkan topping.

TOPPING CHOCOLATE
1 cawan koko
1 cawan susu pekat
1 1/2 cawan minyak
1/2 cawan susu cair

• Panaskan susu cair, kemudian campurkan semua bahan dan kacau rata.
• Seeloknya tunggu sehingga kek anda masak dahulu baru sediakan topping kerana topping tersebut cepat pekat dan mengeras.

Selamat mencuba.. 

Tuesday, August 11, 2015

SELAMAT HARI RAYA :D

Assalamualaikum...

Belum terlewat untuk kami sekeluarga mengucapkan selamat hari raya aidilfitri.maaf zahir dan batin kepada semua..


Sampai harini, masih lg sibuk dengan rumah terbuka rakan2 dan kenalan..alhamdulillah.,silaturrahim yang berpanjangan..

Semoga dapat lagi kita bertemu ramadhan dan syawal tahun hadapan.inshaallah..


Friday, June 12, 2015

DONUT GEMOK

Harini buat donut gemok untuk abang irfan..sempena bday die.kek nanti2 la mama buatkan ye.sebab telor kat dapur tinggal 5biji je.x cukup nak buat kek karemel pelangi..

Donut ni gebu n lembut sangat.macam donut kat big apple tau..resepi kat bawah ye ;)


RESEPI DONUT GEMOK

500g tepung gandum
11g yis (rendam dlm air suam + 1 sudu gula)
1 biji telur
1 sk bread improver & conditioner
1 sk bread softner
1/2 sk baking powder
Secubit garam
3/4 cawan gula halus
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar marjerin/butter
220ml air sejuk dari peti ais.

-masukkan semua bahan2 dalam breadmaker.tekan button 7 untuk menguli doh..
-rehatkan hingga doh naik 2kali ganda.
-bentukkan donut.
-goreng api kecil hingga donut bewarna keemasan.
-sadur dengan gula halus.siap

***kalau takde breadmaker.kena uli guna tangan.masukkan air sedikit demi sedikit.uli hingga sebati dan adunan x melekat ditangan.

Belum sadur gula lagi

Bday boy makan dengan berselera sekali ;)


Wednesday, June 10, 2015

BIJI KURMA - jangan dibuang..!!


JANGAN BUANG BIJI KURMA!
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sahabat pencinta Makanan Sunnah!

Ramadan Al Mubarak bakal menjengah lagi, Subhanallah bulan mulia untuk semua umat Islam.

Ironinya bulan Ramadan akan dikaitkan dengan makanan baik untuk berbuka puasa iaitu KURMA atau TAMAR.

Kurma adalah buah ajaib, kecil pada saiznya namun jika diambil secara konsisten setiap hari, ianya adalah makanan terbaik buat kita umat manusia.
Kaya dengan Glukos kerana itu ianya amat sempurna untuk tenaga berpanjangan sepanjang hari.

Biji kurma sangat banyak khasiatnya, untuk kulit dan juga boleh dibuat minuman seperti kopi.
jika anda makan kurma, jangan terus membuang bijinya. Simpan dan kumpul.

Cara cara memproses biji kurma;
- Basuh biji kurma dan tos kering
- Taburkan di atas dulang atau penutup periuk dan jemurkan seharian
- Gorengkan biji kurma tanpa menggunakan minyak , goreng sehingga hangus pastikan biji kurma hitam legam, pada ketika ini biji kurma akan mengeluarkan bau harum dan sangat wangi persis biji kopi!
- Tumbuk dengan batu lesung atau kisar dengan menggunakan pengisar kering (jangan risau kerana tekstur biji kurma sudah garing dan tidak keras) 
- Simpan di dalam botol kaca dan boleh digunakan dengan jangkamasa yang lama

Apakah Kebaikannya?
1) Sebagai minuman penganti kopi, warnanya tidak segelap kopi tapi rasanya seakan akan kopi. Ianya memberi tenaga baik pada peminum
2) Seperti dikongsi sahabat baik saya, Fadillah Nur beliau menggunakan serbuk biji kurma untuk membuat perapan daging dicampur dengan pelbagai rempah ratus dan Subhanallah perapan daging amat amat lembut
3) Digunakan sebagai scrub badan. Gabungan scrub biji kurma dengan EVOO Extra Virgin Olive Oil) dan #madu akan membuatkan kulit badan anda selembut baby!. Natural? yes and safe!
4) Jika anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius dan kronik sehingga menyebabkan anda BOTAK!!! maka inilah natural remedy atau cara semulajadi untuk mengaktifkan sel kulit kepala yang sudah mati. Amalan menyapu biji kurma dicampur dengan Minyak Zaitun Ramallah EVOO , maka hasilnya adalah TERBAIK. Penggunaan secara Konsisten setiap hari sebelum tidur اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ akan membuatkan sel kulit kepala yang bermasalah kembali sihat dan anak anak rambut kembali keluar dengan sihat!!!

Masya ALLAH, tidaklah ALLAH SWT menyebut sesuatu yang baik di dalam AL QURAN jika tidak mendatangkan kebaikan dan barakah pada semua Umat Manusia

Apa yang penting, YAKIN, TAWAKAL dan ISTIQOMAH

Live and Love Sunnah

~ Dari Buku Islamic Medicine The Key To A Better Life hasil tulisan dan kajian Yusuf Al Hajj Ahmad membicarakan secara terperinci mengenai KURMA ~

Wednesday, May 20, 2015

Tambah susu badan secara semulajadi dan sihat

Cara Menambah Susu Badan dengan cara sihat dan semulajadi

 

untuk menjayakan perjalanan penyusuan si manja anda sehingga dua tahun atau sekurang-kurangnya 6 bln, banyak factor yang mesti diambil perhatian. Ramai ibu-ibu menyatakan kepada saya bahawa susu mereka  tiada, susu mereka kurang. Tahukan anda bahawa..tiada isitilah susu tiada atau susu kurang tetapi kita yg tidak memenuhkan ilmu didada tentang ilmu penyusuan. Menyusu bayi Nampak mudah. Namun hakikatnya tidak. Si ibu perlulah kuat semangat dan mempunyai keazaman yang tinggi. Lengkapkan ilmu tentang penyusuan. Disini saya kongsikan tips bagaimana cara  untuk menambah susu badan.

 

Pemakanan penggalak susu (milk booster)

Antara cara untuk menambah susu badan adalah melalui pemakanan. Terdapat pelbagai makanan/tumbuhan yang dikelaskan sebagai penggalak susu/milk booster.  Antaranya ialah:


Lobak putih

- Sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis.  Boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.

 

Buah longan kering

- Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli.  Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.

 

Kurma

- Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium.  Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu

 

Pucuk betik/Betik muda

- Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.

 

Halba/Fenugreek

- Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya.  Boleh juga diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.

 

Habbatus sauda/Jintan hitam/Black seed

- Salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah.  Amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut.  Boleh didapati dalam bentuk kapsul.

 

Moringa/murunggai/pokok kelor

- Pokok murunggai terkenal di kalangan masyarakat India dan dikenali sebagai pokok kelor dalam masyarakat Melayu kita.  Selain menambah susu ibu ia juga sesuai dimakan ketika sakit tekak ataupun selesema. Boleh didapati dalam bentuk kapsul dan uncang teh.

 

Jantung pisang

- Boleh di celur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau dimasak gulai lemak.

 

Daun cekur manis/pucuk manis

- Sedap dimasak gulai lemak sepertimana ulam jantung pisang.

 

Kacang soya

- Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu. Walaubagaimanapun, pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.

 

Pengambilan Air

- Haruslah diingat bahawa ibu menyusu mestilah kerap meminum air kosong supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.  Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang.  Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 3 liter sehari.


Pemakanan seimbang

- Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan.  Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian.  Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.


Psikologi

Susu saya cukup untuk bayi saya!

Dari sudut psikologi pula, digalakkan para ibu berfikiran positif dengan beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi. Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu.  Sentiasa tetapkan dalam minda yang mengatakan bahawa susu saya cukup untuk bayi saya.  Insha-Allah, ibu akan berasa lebih tenang dan tidak tertekan, seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.


Kekerapan mengepam

- Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep DEMAND VS SUPPLY.  Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda.   Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak/breast penuh.  Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil.  Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada bersama anda.


Doa

- Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan sebagainya.  Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda sehingga berumur dua tahun terutamanya  setiap kali selepas solat.

Point-point di atas adalah antara cara menambah susu badan. Selain itu,jika anda ibu-ibu yang menyusu bayi berasa cepat letih, tiada tenaga, selalu stress dan tertekan, saya mencadangkan agar anda mengambil suplemen tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi di dalam tubuh anda. Suplemen berfungsi untuk memastikan tubuh kita sihat, ada tenaga, tidak stress. Barula penyusuan dapat berlangsung dengan lancar




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...