Tuesday, August 26, 2014

PERKARA PALING DITAKUTI : RIAK


"Sesungguhnya yang paling aku takut menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (HR Imam Ahmad)
"Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Riak, syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya apabila mengetahui seseorang memandangnya." (HR Ibnu Majah)
Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda yang maksudnya: “Sesiapa sum'ah (memperdengarkan amalnya), maka Allah akan memperdengarkan aibnya dan sesiapa beramal kerana riak (memperlihatkan amalnya) maka Allah akan membuka niatnya di hadapan manusia pada hari kiamat kelak.” (HR Bukhari dan Muslim)
Riak ialah menampakan atau memperlihatkan ibadah dengan niat mendapat perhatian atau pujian manusia, kedudukan atau penghargaan atau keuntungan duniawi.
Sum'ah ialah memperdengarkan atau menceritakan atau memberitahu ibadah dengan niat mendapat perhatian atau pujian manusia, kedudukan atau penghargaan atau keuntungan duniawi. Cara penyampaian boleh secara lisan atau tulisan.
Beza antara riak dan sum'ah ialah riak bersangkutan dengan deria mata atau penglihatan, sum'ah bersangkutan dengan deria telinga atau pendengaran.
Riak ialah menampakkan atau memperlihatkan. Sum'ah ialah memperdengarkan atau menceritakan atau memberitahu dengan cara bercakap atau menulis.
Berkata imam Qurtubi,: “Hakikat riyak ialah menginginkan dunia dalam ibadah dan asalnya ialah menginginkan kedudukan di hati manusia.”
Al Hafidz Ibn Hajar menjelaskan “Riyak ialah menampakkan ibadah dengan tujuan agar dilihat manusia, lalu mereka memuji pelaku amal tersebut.”
Dikatakan riak dan sum'ah adalah kerana niat atau tujuan yang tidak ikhlas, niat untuk mendapat perhatian atau pujian manusia, kedudukan atau penghargaan atau keuntungan duniawi. Oleh itu hanya ALLAH sahaja yang mengetahui orang yang riak dan sum'ah.
Ibadah orang yang riak atau sum'ah akan ditolak serta tiada nilai disisi Allah.
"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah. (HR Abu Daud dan An-Nasa'i)
Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan bergantung pada niat dan setiap orang akan mendapat ganjaran sesuai dengan niatnya.” (HR Bukhari dan Muslim)
Abu Hurairah yang berkata, ”Saya mendengar Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Sesungguhnya orang yang pertama kali diadili pada hari kiamat adalah orang yang mati syahid di jalan Allah. Dia didatangkan kemudian dinampakkan kepadanya nikmat-nikmat yang diberikan kepadanya maka dia pun mengakuinya. Allah bertanya, “Apa yang kamu lakukan dengannya?” Dia menjawab, “Aku berperang untuk-Mu sampai aku mati syahid.” Allah berfirman, “Engkau dusta, sebenarnya engkau berperang kerana ingin disebut sebagai orang yang berani. Dan itu sudah kau perolehi.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka.
Kemudian seorang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya dan juga membaca Al Quran. Dia didatangkan kemudian ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang sudah didapatinya dan dia pun mengakuinya. Allah bertanya, “Apakah yang sudah kau perbuat dengannya ?” Maka dia menjawab, “Aku menuntut ilmu, mengajarkannya dan membaca Al Quran kerena-Mu.” Allah berfirman, ”Engkau dusta, sebenarnya engkau menuntut ilmu supaya disebut sebagai orang alim. Engkau membaca Quran supaya disebut sebagai Qari’.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka. Kemudian ada seseorang yang telah mendapatkan anugerah banyak harta. Dia didatangkan dan ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang diperolehnya. Maka dia pun mengakuinya. Allah bertanya, “Apakah yang sudah kamu perbuat dengannya?” Dia menjawab, “Aku telah sedekahkan harta di jalan-Mu dan untuk-Mu.” Allah berfirman, “Engkau dusta, sebenarnya engkau lakukan untuk digelar orang yang dermawan dan engkau sudah memperolehnya.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka.” (HR Muslim)

Monday, August 25, 2014

KURUS SECARA SIHAT DAN SELAMAT DENGAN TEABERRY JUICE DAN INCHLOSS BODY LOTION

 assalamualaikum...

lepas2 raya ni..mesti lemak terkumpul semakin tebal kan..hehe...saya lah tu..jadi nya, gembira dan sesuai sangat lah bila felinna buat promosi hebat ni...

2 HALF PACK TEABERRY JUICE hanya RM120 SAHAJA
PERCUMA..!!! 1 BOTOL INCHLOSS BODY LOTION

percuma okey...memang jarang ade promosi begini..memang special dan berbaloi untuk anda memilikinya..program penurunan berat badan dari felinna yang terbukti berkesan dan selamat..

TEABERRY JUICE dalam bentuk sachet yang mudah dibawa kemana saja..hanya koyak sachet dan boleh terus minum.tak perlu susah2 nak bancuh.sedap pulak tu.lagi2 kalau masuk dalam peti sejuk..

hubungi saya untuk maklumat lanjut 
email : salimah84@gmail.com
sms/whatsapp : 013-2443199(salimah)
facebook : Shop Paradise






PROMOSI MERDEKA SAKAN...!!!

assalamualaikum..

dengan gembira dan teruja nya, saya memaklumkan kepada anda semua bahawa pihak HQ telah melancarkan PROMOSI MERDEKA SAKAN untuk produk 360 effects advance...peluang terbaik dan memang dinanti oleh semua peminat produk kami yang terbukti berkesan dan selamat.

produk organik tanpa bahan kimia.selamat untuk penggunaan jangkamasa panjang.tiada kesan sampingan..sesuai untuk semua jenis kulit.inshaallah...

mendapat kelulusan KKM dan HALAL JAKIM.produk keluaran syarikat bumiputra yang terkenal di malaysia, singapura dan brunei..

korang mesti dapatkan sebelum terlambat..promosi hingga 15sept 2014...stock sangat terhad memandangkan produk ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan..kerana terbukti telah berkesan merawat pelbagai masalah kulit wajah seperti berminyak, jerawat dan sensitif..testimoni boleh lihat di album saya di facebook Shop Paradise

untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya di
email : salimah84@gmail.com
sms/whatsapp : 013-2443199
facebook : Shop Paradise




RAHSIA KUALITI TEPUNG MAGIK


======================
Rahsia Kualiti Tepung Magik
======================
Tepung Magik dicipta agar masakan & gorengan menjadi terbaik dan mendapat pujian daripada suami dan anak-anak.
Komen Seorang Datin:
"Saya kurang memasak,
Tetapi apabila guna Tepung Magik
Bukan sahaja ia mudah tetapi masakan saya jadi.
Suami saya kata macam rasa masakan Chef"
Keluarga menjadi lebih akrab, suami dan anak-anak akan lebih menyayangi, kerana anda bijak menjaga perut mereka.
Kami memilih rempah-ratus dari gred yang tinggi tanpa berkompromi dengan kualitinya. Setelah memilih ketumbar, jintan putih dan jintan manis tersebut.
Kami mengisarnya sendiri.
Oleh kerana itu, tepung kami berbeza kerana kami tidak menggunakan serbuk serbuk rempah yang diluar. Kerana dikuatiri ianya dicampur dengan bahan-bahan lain.
Kualiti yang semestinya dijamin, bahan-bahan Tepung Magik diadunkan sekali dan dikisar halus bagi menjamin hanya tekstur terbaik di persembahkan kepada anda.
Dikilangkan di kilang sendiri berstatus HALAL.
KAMI MENCARI AGENT DISELURUH MALAYSIA
sms/whatsapp 013-2443199(salimah)

Sunday, August 24, 2014

budak kecik yang dah besar - Muhammad Arief Faith

assalamualaikum..

owh..lamanye tak update blog..malassss jari ni nak menaip dan membuka laptop..slalu online fb dr hp jek...mudah dan senang..sambil2 jaga anak, sambil2 buat keje rumah, hp kat tangan je scroll newsfeed..tu yg update fb sejam sekali pun no hal lah...hehe

blog plk, sy lebih suka buka kat laptop..senang nak taip..klu kat hp terkial2 nak taip..huhu..jadinya, bersawanglah kamu wahai blog...i'm sorry...hehe

okey, petang ni nak cite pasal budak kecik yang dah besar ni..anak bujang saya yang paling kecik buat masa ni...(angan2 nak menambah anak, blom ade rezeki) ;) doa2kan la ye sume...

bulan ni, umur arief nak masuk 1thn 8 bulan...macam2 perangai dah sekarang..mujur ade abang irfan n abang ikram tolong saya melayan arief ni..abang2 arief memang rajin sangat menjaga adik die..kadang tu terlebih rajin sampai nak tukar kan pampers adik...huhu...mmg saya tak bagi lah, tak bersih la jawapnye kalau abang2 die yg cucikan...

vocab arief pun dah semakin bertambah skrg..pandai da ckap nak, tak nak, abang, faham, cat, ni dll

sukaaaa sgt minum ais...ikut mama die sbnrnye..haha...act ayah diaorg slalu marah sbb mama diaorg yg dok ajar anak2 minum air sejuk.makan ais..nak wat camne...hehe

still breastfeed tanpa campuran formula milk..alhamdulillah..makan nasi mmg x berapa nak sangat..tapi kalau mee, kuey teaw, meehon dan yg sewaktu dengannye, suka la sangat die..badan kecik halus je arief ni..tapi kuat tau..kalau terhantuk ngan abang die, die blh selamba jer..abang die plk yg terlebih sakit...adoiiii

teh o ais limau..air fav mama..slalu jadi rebutan arief...huhu

slurpee ni pun same..sibuk nak minum gak..pastu nnt buat muka comel kesejukan..

k baii.... ;)

Thursday, August 14, 2014

WAKTU SENJA

assalamualaikum dan selamat petang..

kalau zaman dulu2, waktu hampir senja begini, pintu tingkap sudah ditutup..anak2 semua sudah siap dimandikan dan dilarang bermain diluar rumah...hatta binatang ternakan juga semua telah selesai dihalau masuk ke kandang..


berbeza saya perhatikan pada zaman sekarang, anak2 masih benas bermain di luar rumah.ibu2 juga masih bermesyurat tingkap bersama rakan2 sejawatan..tak salah merapatkan ukhuwah, tetapi biarlah kena pada masa dan tempatnye ya.. :)

pasar2 malam juga kelihatannya masih galak menerima kunjungan pembeli sewaktu hari hampir senja kan?..

Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda , 
" Bila hari telah senja , laranglah anak-anak keluar rumah kerana ketika itu syaitan
berkeliaran .. satu jam sesudah itu bila telah malam biarkanlah mereka . Kuncilah pintu
dan sebut nama Allah kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang terkunci .
Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah . Tutup semua bejanamu dengan 
menyebut nama Allah , sekalipun dengan membentangkan sesuatu di atasnya
dan padamkan lampu ( ketika hendak tidur ) . "
( HR Muslim )

Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda ,
" jangan biarakan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam
sampai hilangnya cahaya senja .. kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai
hilang cahaya senja. "
( HR Muslim )

Keluar senja perlu tutup kepala

Jika kita terpaksa keluar waktu senja , kita perlu menutup kepala .. Saranan tutup kepala adalah untuk menutup ubun-ubun supaya tidak terdedah kepada bisikan syaitan yang suka meracuni hati dan fikiran manusia .. Menurut Prof Keith L.More , di dalam otak manusia terdapat satu bahagian yang dikenali sebagai "frontal lobe" yang menjadi pusat segala perancangan itu baik / jahat , ia bermula dari situ .. Kepentingan "frontal lobe" telah dibuktikan oleh Sheikh Zahlun Najar dan Abdul Majeed Alzendance , ia adalah pusat kawalan yang mengeluarkna segala arahan mengawal diri , membentuk tingkah laku dan peribadi seseorang , berbohong , kejujuran dan membuat keputusan .. Anggota badan hanya menjadi tentera yang menjalankan arahan sahaja .. Allah telah jelaskan dalam firmanNya :

"Jangan sekali-sekali berlaku derhaka ! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti ( dari perbuatannya yang buruk itu ) , nescaya kami akan menyentap ubun-ubunnya ( dan mengheretnya ke dalam neraka ) , ( iaitu ) ubun-ubun ( orang-orang ) yang berdusta , yang bersalah ."
( al Alaq ayat 15-16 )

"Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya lalu dipegang dari atas ubun-ubun kepala dan kakinya ( serta diseret ke neraka ) ."
( al Rahman ayat 41 )

jom siap2 utk solat maghrib..malam ni malam jumaat.jgn lupa yaasin dan al-kahfi ya.. ;)



FAKTOR YANG MENYEBABKAN JERAWAT



Berikut adalah faktor-faktor yg menyebabkan jerawat keluar.Anda boleh mengatasinya sekiranya anda tahu punca jerawat-jerawat anda.

1.Perubahan hormone
Apabila berlaku perubahan hormone seperti zaman baligh remaja, mengandung, datang  haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormone dalam badan,iaitu hormone androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita.Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period,jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormone ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan.Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an - 40 'an.Selain drpd itu,penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku.

2.Tekanan (Stress) 
Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.

Tekanan fizikal:
1.Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup
2.Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
3. Jadual seharian yang sangat ketat
4. Merokok, pengambilan dadah

Tekanan emosi
1.Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
2.Buli
3.Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih
4.Kerja /study yang banyak

3.Pemakanan
Pemakanan yg tidak seimbang seperti kacang,makanan berperisa,seafood (udang,ketam,sotong,kerang),budu,
belacan,makanan berminyak/bergoreng,telur,daging,ayam goreng,makanan berlemak spt santan,dairy products spt susu lembu,coklat.

4.Toksin
Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain

5.Faktor Genetic
Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia. Atas sebab itu ubat antijerawat sangat laku dijual di Asia dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.

6.Allergic atau alahan
Alergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik,foundation,cream muka baru atau pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dgn kulit..Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat.Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit.

7. Perubahan biologi badan
Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka seperti hyperproliferation of KC  (tak dapat ditafsirkan bagi golongan bukan dalam bidang perubatan)

8.Persekitaran & Pencemaran
Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut.Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.

9.Jangkitan pada kulit & Resdung
 Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit anda dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat  dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas. 

10.Faktor Cuaca
Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar.

KEDUDUKAN JERAWAT

Sekiranya jerawat berulangkali naik di tempat atau area yg sama,ini menggambarkan area dalaman kita yg tertentu mempunyai masalah,tetapi sekiranya setiap kali ia tumbuh di tempat yg berlainan,itu adalah normal.Tidak semestinya jika kita mempunyai masalah dalaman,jerawat wajib tumbuh di kawasan muka yg tertentu.Ada juga diantara kita ada masalah dalaman tp kulit muka tiada masalah tp lebih baik jika kita tahu apa yg ada d luaran skrg dtgnya dr dalaman supaya kita dpt mengambil berat masalah dalaman tersebut.

DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak

HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

rawat masalah jerawat anda segera agar ia tidak merebak dan berulang.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...