Wednesday, April 22, 2015

PAKEJ ANAK MENGAJI AL-FURQAN (sample video)

SAMPLE VIDEO DALAM VCD LAGU-LAGU AL-FURQAN



ADIK IMAN NAUFAL BELAJAR MENGAJI DARI KAD IMBAS


jika berminat dengan PAKEJ BESTARI AL-FURQAN

sms/whatsapp 013-2443199(salimah)

HARGA ASAL : RM110

PROMOSI RM99 SAHAJA TERMASUK POSLAJU(SM)



Tiga beradik ;)

Assalamualaikum..

Lama dah rasanya tak bercerita pasal hero tiga orang ni...masing-masing dah besar sekarang...terasa pantasnya masa berlalu..dah nak dapat adik lagi sorang pun...hehe..

abang irfan sekarang dah 7 tahun..sekolah pagi dan petang.jadi masa kat rumah dah kurang..mama rasa rindu pulak kat die..anak sulung yang baik dan sayang kat adik2 die..semoga kekal hingga bila2 hendaknya..pelajaran kat sekolah memberangsangkan...peperiksaan awal tahun baru ni dapat 86% untuk sekolah KAFA.dah 92% untuk sekolah kebangsaan.alhamdulillah.semoga abang irfan terus maju jaya.mama sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak mama.

abang ikram pula dah sekolah tabika kemas.umur 5 tahun..hari2 kejut bangun tido mesti nangis sbb mengantuk katanya..sekolah masuk pukul 7.30am...jadi pkl 6.30am mesti dah kena kejutkan die untuk siap2..tapi, alhamdulillah, lepas mandi, die ok dan gembira nak ke sekolah..

abang arief dah 2tahun++..nak dapat adik da...ni budak bijak yang banyak akal..ade je kejenye kalau kat rumah..suka memanjat..abis semua almari, tiang, meja, kerusi dipanjatnye..kadang-kadang jatuh la jgk.tapi die x serik..hobi die menulis..mama belikan BUKU MAGIK..yang jenis boleh tulis dan padam semula berkali-kali tu..jimat dan berbaloi.. =)


tiga beradik (irfan, ikram, arief)

mana gigi abang irfan??dah tertelan katenye...hik3

okey..see u next time.... =)

Friday, April 17, 2015

PAKEJ BESTARI AL-FURQAN

Assalamualaikum..

memperkenalkan PAKEJ BESTARI AL-FURQAN..sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun keatas..pakej lengkap bagi pembelajaran al-quran.terbukti berkesan.lebih mudah mengajar anak-anak membaca al-quran.dapatkan segera hari ini..

HARGA ASAL : RM110

PROMOSI BAGI 10 PELANGGAN TERAWAL DISKAUN 10%
HANYA RM 99 TERMASUK POSLAJU(SEMENANJUNG)

sms/whatsapp 013-2443199(salimah)



Apa kata mereka yang telah berjaya menggunakan produk ini

Alhamdulillah.. anak sulung saya pandai membaca Al-Quran pada umur 4 tahun 2 bulan dengan bantuan set buku Al-Furqan. Saya beli buku Al-Furqan pada 15 Februari 2012 ketika umurnya 3 tahun 10 bulan dan menghabiskan 4 buku dalam tempoh 4 bulan sahaja. Seterusnya, saya beli Muqaddam pada 25 Jun 2012 untuk menguji kebolehan beliau membaca Al-Quran. Macam tak percaya, anak saya dah pandai membunyikan setiap ayat Al-Quran dengan betul..ternyata keberkesanan Set Al-Furqan membantu anak saya cepat membaca Al-Quran...
~Puan Butiwana dari Labuan, Sabah ( Tel: 019- 273 5941)~


Anak saya, Musthoffa - 2 tahun 10 bulan. Dia kini jadi pelajar set buku Al-Furqan paling kecil di rumah saya. Pada mulanya, saya membeli set buku & kad imbas Al-Furqan ini untuk mengajar dan mengukuhkan bacaan anak2 saya yang mengalami masalah pembelajaran (abang & kakaknya yg berumur 8 & 10 tahun). Tetapi dengan sistem pembelajaran yang amat ringan & mudah difahami ini, Musthoffa telah dapat menangkap ilmu pelajaran yang diajarkan kepada kakak & abangnya. Semakin hari, semakin seronok dia menyelit dicelah2 kedua beradik tu untuk turut serta belajar. Untuk tidak menghampakannya, saya ajarkan dia sama. Ternyata dia mampu mengenal & mengingat huruf dan bunyi2 huruf yang diajarkan. Kakak & abangnya juga mengakui yang belajar dengan set buku ini lebih jelas dan mudah difahami. Saya akan teruskan mengajar anak2 saya menggunakan sistem buku Al-Furqan ini. Semoga mereka semua mendapat manfaat yang diharap2kan.
~Puan Izwah Masri, Puncak Alam, Selangor ( Tel: 013-3068518)~


Kadangkala ibu bapa keliru. Yang manakah perlu diajar terlebih dahulu kepada anak kecil mereka, ajar membaca atau mengaji? Kami tidak bercadang untuk mengatakan mana yang betul, mana yang salah.
Tetapi ingin berkongsi tips daripada Puan Lina Hashim (Pengelola Islamik Parenting Network), bahawa mulakanlah mengajar anak mengenal al-Quran dahulu sebelum ilmu-ilmu lain supaya mereka lebih mudah belajar dan menyerap ilmu yang lain nanti.

Kenapa mesti Al-Furqan?
Sistem Al-Furqan telah disusun supaya anak anda dapat membaca Al-Quran dengan cara yang paling mudah, seawal mungkin, cepat dan efektif. Ia dilengkapi dengan kaedah mengajar yang kreatif dan efektif. Terbukti kanak-kanak yang dapat membaca Al-Quran lebih awal, sebelum bersekolah lagi sering mendapat kejayaan cemerlang dalam pelajaran, berakhlak mulia dan tenang.
Keistimewaan Produk
  • Sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas
  • Mengikut kaedah fonetik
  • Disusun secara sistematik - 14 huruf lazim diikuti huruf bermakhraj
  • Perkataan bermakna dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Arab
  • Kemahiran diperkenal secara bertahap
  • Illustrasi dan kad imbasan menarik




Mari kita lihat satu-persatu kandungan pakej ini
Pakej ini terdiri daripada:
1. Set Siri Cepat Membaca Al-Quran Al-Furqan
Terdapat 4 buku AlFurqan untuk mengajar anak anda asas mengaji. Disertakan juga VCD panduan mengajar untuk ibu bapa agar dapat memahami cara menggunakan buku ini dengan betul.

2. Buku Mewarna & VCD Lagu-Lagu Al-Furqan
Mainkan VCD Al-Furqan dulu untuk anak-anak anda. 

Anak-anak akan belajar mengenal bunyi-bunyi huruf sambil menyanyi.
Anak-anak tidak mudah bosan dan lebih mudah ingat bunyi huruf melalui aktiviti ini. Buku mewarna pula boleh digunakan sebagai salah satu aktiviti bersama anak-anak



3. Kad Imbas Al-Furqan
Kad yang membantu anak-anak anda lebih faham dan ingat pelajaran yang ada dalam set buku Alfurqan. 
Huruf yag besar pada kad imbasan ini membantu anak lebih mudah dan faham set buku yg mereka gunakan.


5. Buku aktiviti Al-furqan 1&2
Buku ini adalah bahan sokongan semasa anda mengajar anak anak menggunakan set alfurqan, ada latihan untuk mengukuhkan lagi kefahaman anak-anak. Selepas menamatkan Al-Furqan Tahap 1 (Buku 1 - 4), Al-Furqan Tahap 2 (mengandungi 3 buku) dapat memantapkan kemahiran anak anda membaca al-Quran dengan tepat, fasih dan bertartil (Buku Tajwid Al-Furqan), menguasai kemahiran amali solat (Buku Panduan Amali Solat) dan pembinaan asas-asas hafalan dan kefahaman terhadap al-Quran (Muqaddam Al-Furqan Bertajwid).


 
5. Muqaddam Bertajwid Al-Furqan
Setelah anak anda habis Buku 4 dalam set alfurqan, anda boleh mula mengajar anak anda Muqaddam untuk memastikan bacaannya lancar.

6. Buku Tajwid Al-furqan
- Mengenal dan menguasai pelbagai bentuk kemahiran bacaan Al-Quran
- Memahami dan menguasai hukum tajwid Al-Quran secara teori dan praktikal
- Mengenal dan menguasai hukum tajwid berdasarkan mashaf Uthmani
- Latihan dan petunjuk sepanjang jalan pembacaan Al-Quran
 
 
 
7. Poster Makhraj Huruf
 
 
 
8. Panduan Amali Solat
-Panduan efektif bacaan dalam solat, wirid dan doa selepas solat
-Penggunaan tulisan dan baris mengikut mashaf al-Quran Rasm Uthmani
-Semua bacaan disertakan terjemahan dalam Bahasa Melayu
-Sesuai untuk latihan bacaan dan hafalan dalam Kursus Amali Solat


Mungkin ada yang mengeluh, 
"Oh saya ibu yang bekerja, siang tiada masa, malam pula sudah penat. Bila mahu ajar anak mengaji!"
Sebenarnya, anda cuma perlukan 10 minit sahaja untuk mengajar anak mengaji. Ini tips ringkas untuk anda
Tips ajar anak untuk ibu bekerjaya :
  1. Setiap hari peruntukkan 2-10 minit untuk sesi mengajar anak.
  2. Ajarkan anak 1 sebutan huruf setiap hari bermula daripada buku 1 al-Fuqan.
  3. Kerap tunjukkan kad imbas pada anak, samada ketika anak sedang bermain atau selepas mandi.
  4. Pasang VCD al-Furqan supaya anak lebih cepat tangkap dan ingat.
  5. Konsistens setiap hari 10 minit dan tambah kekerapan pada hujung minggu kepada 3 kali sesi.
https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=qiG46tZgl_8

Jom dapatkan PAKEJ BESTARI AL-FURQAN segera..!!!

Sunday, March 22, 2015

MENGIDAM KUIH TART

Assalamualaikum.. :)


Tekak ni teringin plk nak makan kuih tart nenas...alhamdulillah ade kawan yang baik hati.bagi kuih tart free..akak ipar die mmg jual kuih tart..merasa la saya kuih tart yang sedap dan gebu ni...terima kasih tak terhingga buat kawan saya dan akak iparnya..hanya Allah yang mampu membalasnya..semoga perniagaan akak ipar kawan saya bertambah maju..

Jom makan kuih tarat...yeayyy...!!!

Friday, February 27, 2015

JEMPUT JEMPUT AIR PANAS

resepi minum petang yg best.. ;)
layan resepi kat bawah ya.amik dr blog madihaa.


Jemput-jemput Bilis Air Didih
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
600 gm tepong gandum
1 biji bawang besar ~ didadu
Sedikit hirisan kubis (kalau suka) 
Segengam ikan bilis ~ dikopek & dikisar kering
Garam secukup rasa
Air panas mendidih secukupnya (mesti yang baru mendidih!)

Cara menyediakan
1. Gaulkan tepong gandum bersama bawang dadu, hirisan kubis, ikan bilis kisar serta garam hingga rata.
2. Bila tepong bergaul rata, tolakkan sedikit tepong ke tepi bekas/besen yang digunakan & buatkan sedikit ruang kosong  untuk menggaul tepong. Tuangkan air panas sikit demi sedikit di tepi bekas yg 'dikosongkan' tadi.  Gaulkan air panas & tepong dengan cara menggaul sedikit demi sedikit (jangan gaul kesemuanya nanti tepong tak masak). Bila tepong masak & pekat.. tolak ketepi & tuang lagi air panas didih sedikit & gaul lagi bahagian tepong yang belum bergaul.  Buat portion by portion sehingga semua tepong bergaul dengan air panas.  Keadaan tepong akan jadi seakan2 doh ye.. (kalau pernah buat laksa homemade.. lebih kurang begitulah kaedah menggaulnya)
3. Panaskan minyak secukupnya. Basahkan sikit tangan anda dengan air bersih lalu jemput sedikit doh sambil dikepal2 & bulat2kan lalu gorenglah sebiji demi sebiji adunan/doh jemput2 tadi sehingga masak & agak garing. Untuk dapatkan gorengan yang cantik.. kena selalu balikkan jemput2 sehingga garing sekata.
4. Angkat jemput2 & toskan & sedia untuk dihidangkan bersama sos kegemaran anda!

Selamat mencuba! 

Wednesday, February 18, 2015

RESEPI KEPAK AYAM BAKAR ROSEMARY

assalamualaikum...

tengahari ni kami meratah ayam je..hik3..resepi yg saya olah sendiri..hantam je..tapi sedappppp...tak caya, blh try resepi kat bawah ni ye ;)


bahan-bahan :

8 ketul kepak ayam

BAHAN PERAP :
3 ulas bawang putih- dihiris nipis
1 inci halia - dihiris nipis
3-4sudu besar bbq sos brand life
1 sudu besar lada hitam- ditumbuk separuh halus
3 sudu besar daun rosemary kering
secubit garam

BAHAN LAIN :
cili capsicum
tomato
lemon

cara-cara:
-cuci kepak ayam dan gaulkan dengan BAHAN PERAP selama 2-3jam didalam peti sejuk.
-bakar menggunakan pan ajaib(non stick pan) atau dalam oven hingga masak.
-masukkan BAHAN LAIN apabila kepak ayam hampir masak.
-perahkan jus lemon ketika menghidang.

selamat mencuba ;D







Tuesday, February 10, 2015

RESEPI KUIH LAPIS

melapis siang tadi...kuih orang lama yang simple tapi sedap..saya ubah warna je.biasanya kuih lapis mesti warna merah + putih kan..saya pulak buat warna hijau + biru + kuning...hehe..transformasi kuih lapis...resepi saya tulis kat bawah yer..


Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan santan pekat + 2 1/2 cawan air
3/4 cawan gula
secubit garam

cara-cara :
-blend semua bahan hingga sebati.kemudian tapis.
-bahagikan adunan dan letak pewarna kegemaran.
-sapu acuan dengan minyak.
-kukus setiap lapis selama 5-7minit.lapis terakhir 15minit.
-sejukkan dahulu.kemudian baru boleh dipotong menggunakan pisau plastik.

selamat mencuba ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...