Saturday, February 7, 2015

RESEPI CHEESEKUT NESTUM

assalamualaikum..

petang-petang camni.kita buat resepi mudah je tapi yummy sangat... ;)




CHEESEKUT NESTUM

bahan-bahan :
250g cream cheese(tatura)
1pack biskut hup seng (deluxe cracker)
1/2 tin susu pekat manis
nestum
susu segar (dutch lady)

cara-cara :
-cream cheese dan susu pekat manis diputar menggunakan mixer hingga gebu.
-sediakan bekas/loyang.celupkan biskut kedalam susu segar (sekejap je ye, jgn sampai biskut lembik plk).kemudian, susun biskut dalam bekas/loyang.
-sapukan sedikit adunan cream cheese ke atas biskut yg telah disusun hingga rata.taburkan nestum.
-ulang semula langkah mencelup biskut kedalam susu segar, sapu cream cheese dan tabur nestum sehingga adunan cream cheese habis digunakan.
-dah siap.masukkan dalam peti sejuk semalaman.baru sedap makan.. ;)

p/s : pastikan layer cream cheese yang atas sekali tebal sedikit dari layer yang bawah-bawah.

selamat mencuba. :)


Friday, February 6, 2015

RESEPI NASI GORENG BUNGA KANTAN

Assalamualaikum dan salam jumaat penuh keberkatan..

pagi ni cuaca di pulau indah sejuk nyaman jer...alhamdulillah

jom tengok pagi ni saya masak ape.. ;)

NASI GORENG BUNGA KANTAN TERLAJAK PEDAS *_* resepinya ada di bawah ye..


bahan-bahan :
2 cawan nasi sejuk
3 ulas bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - diketuk
6 biji cili api - diketuk
segenggam ikan bilis - digoreng garing
2 kuntum bunga kantan - dihiris halus
1 sudu besar sos tiram
1 biji telur
garam secukupnya
daun bawang

cara-cara :
-tumis bawang putih hingga naik bau.kemudian masukkan bawang merah dan cili api.tumis hingga agak garing.
-masukkan sos tiram.gaul sebentar.kemudian masukkan bunga kantan yg telah dihiris halus tadi.kacau hingga agak layu.
-pecahkan telur ditengah kuali.
-masukkan nasi dan gaul hingga sebati.perisakan garam secukupnya.
-taburkan ikan bilis dan daun bawang semasa menghidang.

selamat mencuba ;)

RESEPI ROTI TELUR CHEESE MELELEH


tengah2 malam dok lapar..nak makan ape pun tak tau...pegi la selongkar dapur..jumpa roti.bukak peti ais ade cheese..so, dalam otak dah terfikir roti telur cheese... ;)

resepinya senang je..untuk sorang makan je.kalau korang nak makan ramai2, boleh la gandakan resepi ye.

bahan-bahan :
2 keping roti
1 slice cheese
1 biji telur
sedikit butter

cara-cara :
-tangkupkan cheese ditengah roti.potong roti kepada 4 bahagian.
-panaskan non-stick pan dan letakkan sedikit butter.
-celupkan roti dalam telur yg telah dipukul sedikit.
-gorengkan hingga bewarna kekuningan dan garing.
-angkat dan sedap dimakan panas bersama sos cili dan mayonis

selamat mencuba. ;)




Thursday, February 5, 2015

KEK BATIK MUDAH

assalamualaikum..

bila post gambar kek batik kat fb.ramai yang inbox nak resepi kek batik ni..resepi nya sangat simple tapi pasti sedap dan menjadi..untuk memudahkan, saya letak resepi dalam blog.senang simpan dan senang nak cari semula ;)




KEK BATIK MUDAH

bahan-bahan :
250g butter
1 pack biskut maree tiger - patahkan 4bahagian
1 pack milo (200g)
1/2 cawan serbuk koko
1/2 tin susu pekat
secubit garam

cara-cara :
-cairkan butter menggunakan api sederhana.
-masukkan susu pekat.kacau hingga sebati.
-masukkan secubit garam.
-masukkan serbuk koko dan milo sedikit demi sedikit sambil kacau2 hingga semuanya sebati
-tutup api dan masukkan biskut maree
-gaul hingga coklat sebati dengan semua biskut maree
-masukkan dalam loyang yang telah dilapik dengan plastik
-sejukkan dalam peti ais

nota : bila kek batik dan keras.keluarkan kek batik dalam 5minit sblm nak makan.barulah rasa lembut dan sedap.



Sunday, February 1, 2015

KISAH SAYA SEORANG IBU DAN PENIAGA ONLINE

Assalamualaikum...


lama sungguh blog terbiar dan bersawang..petang-petang ni free.teringin plk nak berceloteh..


saya menjalankan perniagaan 100% dari rumah..bermula sejak tahun 2008..sedar tak sedar lebih kurang 6tahun sudah saya berniaga dari rumah.berkat doa dari suami yang ketika itu sedang menunaikan umrah.kami mendaftarkan syarikat SHOP PARADISE.


perniagaan saya bermula dengan menjual CHEESE POWDER.dan ianya kekal hingga sekarang.bermula dari cheese powder.saya merangkak ke lain-lain produk..tepung magik, mashed potato, tepung kek dll..


saya pernah beralih kepada produk kesihatan dan kecantikan.menjual jamu, kosmetik.supplement kesihatan..tetapi dengan menjual produk tersebut, saya perlu keluar dari rumah.untuk training dll.sangat tidak sesuai dengan saya yang sentiasa mahukan anak-anak dan suami disisi.


jadi, keputusannya, produk makanan adalah yang paling serasi dengan saya.produk saya sendiri.saya buat sendiri semuanya dari rumah sahaja.puas hati kan.. :)


24/7 masa saya dirumah menguruskan rumahtangga dan anak-anak.dimana ade saya, disitu ade anak-anak.hehe...saya memang obses dengan anak-anak dan suami.semua keperluan mereka mestilah diuruskan oleh saya..hehe...teruk kah??..queen control kah??...ntah la...tapi yg penting, saya nak berikan yang terbaik untuk keluarga saya.semua nya mestilah dari tangan saya.


saya berniaga bukanlah kerana suami tak mampu.tapi semuanya adalah kerana minat dan nikmat keseronokan mendapat pelanggan tu..sangat teruja tau..hehe...lebih-lebih lagi bila pelanggan puas hati dengan perkhidmatan dan produk kita.sangat gembira...!!! ;)


alhamdulillah, setakat ni, saya sangat puas hati dan bersyukur dengan apa yang ada.


setakat ni celoteh si petang hari....hehehe....sampai jumpa lagi...


kat bawah ni adalah antara produk kami..

CHEESE POWDER

TEPUNG MAGIK

BEEF BALL WITH CHEEZY SAUCE

BBQ LAMB SLICE WITH BLACKPEPPER SAUCE

CRISPY CHICKEN CHOP WITH BLACKPEPPER SAUCE

KAMBING BAKAR MADU(untuk majlis jamuan biasa atau aqiqah)


kalau berminat nak dapatkan produk kami.boleh hubungi saya ya..013.244.3199(olie)


Wednesday, December 17, 2014

KAMBING BAKAR MADU PULAU

KBMP pakar kambing golek yang pastinya lazat dan asli.daging kambing yang diperap dengan adunan rempah asli serta sos blackpepper yang istimewa.pastinya menepati selera semua.confirm menjilat jari...

tempahan dibuka untuk pelbagai majlis seperti aqiqah, perkahwinan, jamuan makan dll.

lokasi : port klang/klang/shah alam/kuala lumpur

call/whatsapp 019 2826 985(shah) atau 013 2443 199(olie)

like pages kbmp untuk latest promotion update http://www.facebook.com/kambingbakarmadupulau

jangan lupa follow insta skali tau.. @kambingbakarmadupulau





Saturday, October 25, 2014

ALHAMDULILLAH...

Di saat waktu berhenti…kosong Dimensi membutakan mata memekakkan telinga Lalu diri menjadi hampa Saat paradigma dunia tak lagi digunakan utk menarka Sadarku akan hadirMu Mematahkan sendi² yg biasanya tegak berdiri

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran) Hayya nab’idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam) Syakkireena a’ kulli na’ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada) Ba’ ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Merenungi luar jendela Mengagumi kebesaran yg Maha Esa Ku menilai kehidupan dr sudut berbeza Tak memadai hanya kecapi rasa selesa Mahukan harta yg mampu beli satu semesta Berpesta ke parti botol bergelimpangan Kekasih muda bukan takat berpegang tangan Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula Bukan berkhutbah, cuba betul diri ini cuma Ingin hidup sempurna, asset nilai berjuta Saling tukar wanita, senyum dan mati tua Bakat dikurnia jangan disalahguna Jangan kufur nikmat yg diberi percuma Guna kelebihan utk khidmat bersama Jagalah nama Hidup penuh pementasan dan drama Ada berisi ada yg kurus Ada melencong ada yg lurus Bukan semuanya tulus Ada sempurna ada kurang upaya Ada yg jadi buta hanya bila sudah kaya Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata Boleh hilang dalam sekelip mata Ucaplah Alhamdulillah bukannya sukar Kerna semana kaya atau besar Tetap Allahuakbar…

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran) Hayya nab’idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam) Syakkireena a’ kulli na’ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada) Ba’ ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Jadikanlah ku tentera Fisabilillah Yang tertera di kalimah harap memanduilah kita apabila persimpangan tiba Hidup penuh dengan rintangan harus kuhadapinya Harap ku tidak lupa diri bila gembira Dan cuma mula mencari Kau di saat hiba Ku cuma manusia penuh dgn kesilapan Tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan Tabah bila dikalangan duri onak dan cubaan Teguh bila dicubakan pengaruh kuasa dan perempuan ah! Sentiasa legar diminda dikejar dan dipinta Dr zaman bermula hingga ke akhirnya Ku mengerti siapa ku tanpa Mu disisi Dan apa guna posessi juga posisi Sementara ini cuma hanya puisi Nukilan tulisan dan bisikan hati Mencari keterangan menjiwai peranan Menepati pesanan, janji juga saranan Alhamdulillah atas kurniaan rezeki Moga tidak leka dalam perjalanan ini

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran) Hayya nab’idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam) Syakkireena a’ kulli na’ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada) Ba’ ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Aku yang memandang di dlm lubuk hati Mencari-cari rahsia yg katanya tersembunyi Aku yg melihat alam meliputi ujud menyertai lalu kupindahkan alam ke dlm mata hati Aku hakiki aku mengerti segala yg terjadi di langit dan di bumi Gunanya tiada fantasi pelik dan benar qada’ dan qadar Kau berilahku kekuatan agar dapatku hindarkan segala kesesatan Usah kau biarkan nafsuku terliur Dari pandangan majazi ini Aku yg bodoh lagi hina amat benar merindui Moga cahaya lelatu tak membutakan mataku Semoga segala puji takku meninggi diri Moga segala janji dpt juga ku penuhi Moga dpt ku hadang tikaman dr belakang Lidah setajam pisau Ku tidak akan risau Dgn dugaan cabaran Sepanjang perjalanan ku pasrah ku akur 786 Alhamdulillah Syukur!

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran) Hayya nab’idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam) Syakkireena a’ kulli na’ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada) Ba’ ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Sujudku pun takkan memuaskan inginku utk hanturkan sembah sedlm kalbu Adapun ku sembahkan syukur kpd Mu Ya Allah Utk nama harta dan keluarga yg mencinta Dan perjalanan yg sejauh ini tertempa Alhamdulillah pilihan dan kesempatan Yg membuat hamba mengerti lebih baik ttg makna diri Semua lebih berarti apabila dihayati Alhamdulillah³

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...