Tuesday, March 18, 2014

HUJAN DI BUMI DAN HUJAN DI HATI....


kebanyakan tempat dibasahi hujan bermula dari hari ahad lepas kan..alhamdulillah sangat-sangat...rahmat Allah yg kita semua tunggu..hilanglah jerebu dan udara yang tak sihat..penuhlah kembali hendaknya empangan-empangan dan takungan air yang selama hari ini hampir kering.terima kasih ya Allah kerana mengampunkan dosa-dosa kami dan mendengar rintihan kami yang banyak berdosa dan membuat kerosakan dimuka bumi ini ya Allah.

dalam pada kita dikejutkan dan bersedih dengan berita kehilangan #mh370, ada pula terselit berita kematian anak-anak muda akibat dadah dan alkohol.masyaallah, dunia akhir zaman yang sungguh melalaikan dan melekakan...salah mereka kah?salah ibu bapa kah?atau salah masyarakat?..
tidak perlu menuding jari kepada sesiapa.cukuplah kita semua mengambil iktibar dan pengajaran daripada kes tersebut.doakan semoga mereka yang 'pergi' tenang dan diberi keampunan oleh Yang Maha Esa.berdoa semoga diri kita, zuriat dan keturunan kita dijauhkan dari segala kejahatan dan maksiat di dunia ini.dijauhi dari fitnah dajjal.

kini, isu #mh370 semakin rumit dan bercanggah2 rasanya kan..seakan tak sanggup nak mengetahui apakah sebenarnya yang terjadi.orang ni kata begini, yang ini kata begitu, masing-masing membuat spekulasi yang seakan menyulitkan lagi keadaan.lebih-lebih lagi terhadap emosi dan perasaan keluarga semua penumpang pesawat yang terlibat.saya hanya berharap, kalaupun ada sesuatu yang dirahsiakan oleh kerajaan, pastinya ia adalah yang terbaik untuk menjaga keselamatan penumpang pesawat, keselamatan negara dan keselamatan rakyat malaysia.semoga semuanya selesai dengan segera.

amin ya rabbal alamin....

Monday, March 17, 2014

ADIK OOOHHH ADIK....

assalamualaikum dan selamat pagi semua.. =)
hati masih tak sedap memikirkan MH370...semoga semua penumpang, kapten dan anak kapal berada dalam keadaan selamat..terutama 2 orang baby yg masih kecil dan perlukan penjagaan rapi..

okey.berbalik tajuk utama...nak cerita pasal Muhammad Arief Faith ni...semakin ligat dan bijak sekarang..tapi, dialah penyeri dan penghibur dalam rumah ni..abang2 semua sayang walaupun adik selalu kacau abang, ketuk abang, pukul abang...huhu...pukul manja je lah...abang2 semua kena mengalah ngan adik yang sorang ni...

malam tadi abang irfan dok belajar, die sibuk nak buku abang..bagi buku lain tak mau..nak buku yang abang irfan baca jugak..sabo je lah dikkk..
tengok la sampai menjerit2 die nak tarik buku abangnya..last2, abang mengalah...bagi la adik buku die jap...buku latihan takpe..jangan buku sekolah.buku sekolah memang mama dah sorok.kalau abang nak buat keje sekolah, kena menyorok dalam bilik..arief memang suka pegang pen/pensil, die nak conteng2 buku...




Wednesday, March 12, 2014

TEPUNG MAGIK-KLANG

kami mencari agent dan reseller yang berminat untuk menjadi agent/reseller kami (SHOP PARADISE)
kami adalah pengedar terus dari kilang.

TEPUNG MAGIK
- produk Halal
- buatan Muslim
- enak dan berkualiti
-rasa dan aroma rempah yang memikat selera
-sesuai untuk pelbagai masakan goreng

AYAM GORENG, CENDAWAN, SOTONG, UDANG, BAYAM, PERIA, WEDGES, CEMPEDAK, IKAN DLL

SMS/WHATSAPP 013-2443199(salimah)

tepung magik sedia diedarkan kepada agent/reseller

tepung magik ori

tepung magik spicy

peria goreng

cendawan goreng

ayam goreng

ayam goreng bersama cheezy sauce

Tuesday, March 11, 2014

AKTIVITI HUJUNG MINGGU

sabtu minggu lepas.pagi2 dah bawak irfan g park.nak main rollerblade katanye.
hobi baru le ni..asalnya haritu g wedding sepupu kat tasik titiwangsa.die nampak pulak budak2 ramai main rollerblade..balik tu merayu-rayu minta belikan...ayah pun melayan.belikan lah satu untuk abang irfan...so, dah beli, kena la bwk g berlatih kan...hehe..
weekday, main depan rumah je..weekend bawak die g main kat gelanggang fulsal..best skit..

safety first..pakai protector sume.klu jatuh takde la luka sana sini.

helmet

rollerblade

ready go..!!!

peace... =)




Monday, March 10, 2014

SUSHI HOMEMADE BY ME..

hari sabtu minggu lepas.first time buat sushi..belajar dari seorang cikgu jepun.. =)
alhamdulillah, menjadi dan sedap sangat.terima kasih pada sensei sare sbb ajar buat sushi ni.
mmg fav kami anak beranak(kecuali 'si dia')..hehe

saya buat makizushi simple je..
timun, crabstick/sosej, telur kukus dan mayonis.

resepinya blh tgk di blog 1001 idea masakan & makanan





Tuesday, February 25, 2014

PROMO : NURSING BLOUSE AQEELA 10%











CLICK LINK : Shop Paradise

Monday, February 24, 2014

KHASIAT BUAH OREN


Anda suka makan buah oren atau minum jus oren? Kalau ya, artikel ini pasti menggembirakan anda. Oren merupakan buah yang sangat popular, mudah diperolehi, dan harganya juga tidak terlalu mahal.

Buah yang memiliki warna menarik ini selain daripada mempunyai rasa yang enak, ia ternyata mengandungi banyak khasiat yang baik bagi kesihatan dan pencegahan penyakit. Selain sangat kaya dengan vitamin dan mineral, ia juga mengandungi serat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang normal. Malah, khasiat yang terkandung di dalamnya juga membantu menurunkan risiko terkena beberapa jenis penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular dan kanser.

Selain merupakan sumber vitamin C yang baik, buah yang juga mengandungi karbohidrat, postasium, folat, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, fosforus, magnesium, iron, riboflavin dan asid pantotenik ini juga sangat rendah kalori. Ini bermakna, ia selamat dimakan oleh mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan. Sebiji oren segar bersaiz sederhana cuma mengandung 60 – 80 kcal kalori.

Walaupun oren mengandungi karbohidrat, tetapi ia merupakan karbohidrat sederhana yang terdiri daripada fruktosa, glukosa, dan sukrosa. Karbohidrat kompleksnya berupa serat makanan yang baik untuk kesihatan. Serat makanan ini akan mengikat khasiat-khasiat yang larut di dalam air sehingga dapat memperlambatkan proses pengosongan perut serta proses pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.

Ini bermakna ia akan membuatkan perut terasa kenyang lebih lama. Dengan mengambil sebiji oren bersaiz sederhana dalam diet harian, anda memperolehi serat makanan kira-kira 30g. Jumlah ini sudah mencukupi keperluan harian tubuh badan (jumlah yang disarankan ialah sekitar 25 g sehari).

Antioksidan yang sangat baikVitamin C merupakan vitamin yang paling terkenal daripada buah oren. Vitamin mudah larut air ini memainkan peranan dalam proses pembentukan kolagen yang merupakan komponen dasar pembentukan jaringan saraf di dalam tubuh badan. Pembentukan kolagen yang baik sangat diperlukan untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah, dan tulang. Ia juga membantu proses penyembuhan luka.

Vitamin C juga berperanan dalam proses penyerapan zat besi bukan organik (zat besi yang bukan berasal daripada haiwan) sehingga dapat mencegah dan membantu penyembuhan anemia. Ada juga kajian yang mendapati vitamin C dapat membantu mencegah kerosakan sel akibat aktiviti molekul radikal bebas. Radikal bebas inilah yang boleh mencetuskan pelbagai jenis penyakit.

Secara signifikan, hasil penelitian terbaru ini menunjukkan bahawa penyerapan vitamin C yang tinggi daripada makanan, termasuk buah oren dapat mencegah kenaikan LDL (lemak jahat). Kadar LDL yang tinggi merupakan faktor utama terjadinya penyakit jantung. Beberapa penelitian memang telah membuktikan terdapat hubungan di antara pengambilan vitamin C dengan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular.

Tingkat pengambilan makanan dengan kandungan folat yang tinggi, seperti oren segar atau dalam bentuk jus, akan meningkatkan kadar folat. Peningkatan kadar folat akan menurunkan kadar ‘homocystein’, yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah. Dengan menurunnya kadar ‘homocystein’, risiko penyakit kardiovaskular juga menurun.

Vitamin C dalam buah- buahan, termasuk oren secara ilmiah juga boleh dijelaskan peranan positifnya dalam memberikan perlindungan tubuh terhadap kanser. Oren merupakan salah satu buah yang memiliki ejen perlindungan terhadap kanser yang tinggi. Malah ia lebih bagus daripada vitamin C yang diambil dalam bentuk tablet.

Untuk memelihara kesihatan dan menjaga keperluan vitamin C dalam tubuh badan, anda disarankan supaya mengambil vitamin C sebanyak 30 – 100 mg setiap hari. Keperluan ini sudah mencukupi dengan sebiji oren bersaiz sederhana kerana ia mengandungi sekitar 70 mg vitamin C. Anda juga boleh menikmati segelas (sekitar 225 ml) jus oren pada setiap hari jika tidak mahu makan oren dengan begitu sahaja.

Kulit pun cantikVitamin C yang terkandung di dalam buah oren bukan hanya bermanfaat kepada kesihatan, tetapi juga untuk kecantikan kulit. Ini kerana vitamin C dikenalpasti sebagai agen antioksidan yang sangat kuat dan mampu melawan radikal bebas. Sebagai antioksidan, selain melindungi kulit dari pengaruh buruk radikal bebas, vitamin C juga memperkuatkan sel-sel kulit, sehingga ia lebih cepat memperbaiki jaringan yang rosak.

KREDIT TO GUA.COM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...