Wednesday, December 30, 2015

RESEPI AIR SOYA HOMEMADE

Assalamualaikum dan selamat pagi wink emoticon
Pagi ni buat air soya...teringat mak dulu-dulu, hari-hari buat air soya untuk jualan.laku sangat budak-budak sekolah beli..sebab air soya mak sedap..nak buat nya mudah je...saya share resepi cara buat air soya ye.
2 cawan kacang soya(rendam semalaman atau sekurang-kurang 8 jam)
2 cawan air
Gula secukup rasa
-Selepas di rendam semalaman..ramas-ramas kacang itu dengan tangan supaya kulitnya terkupas.
-Biarkan dalam 10 minit supaya kulit akan timbul di atas dan buang kulitnya.
-Masukkan 1 cawan kacang soya 1 cawan air dan kisar selama 2-3 minit. Seterusnya satu cawan lagi. Tapis dengan penapis santan biasa.perah mcm perah santan tu.buang hampasnya.
-Air soya yang telah diperah dengan penapis santan tadi.tapis sekali lagi dengan penapis kain macam penapis teh tu.(saya guna kain napkin)
-Masukkan dalam periok dan masak dengan api dapur sedrhana selama 20 minit. Air kacang soya yang di didihkan ini akan membuak.kena kacau selalu.jangan tinggal kan.
-Selepas 20 minit satu lapisan filem akan terbentuk di permukaan atas air soya.kaut dengan sudu dan buang.
-Keluarkan dari dapur dan tapis airnya dengan penapis teh sekali lagi.
-Tambah dengan gula secukup rasa dan sejukkan di peti sejuk. Tapi minum panas lagi sedap..
Selamat mencuba..

Monday, December 28, 2015

WOODEN MAZE BEAD



BEAD MAZE
Anda mesti pernah terpandang permainan ini kan. Mungkin di klinik, di tadika, ataupun err..mungkin di ikea hehe..Walaupun mungkin selama ini anda tak tahu nama benda alah ni..tapi anda tahu ia wujud kan. Bead maze adalah antara salah satu permainan klasik yang popular di kalangan ibu bapa dan guru.
Tetapi kenapa ia popular ya? Nampak seperti hanya gegelung wayar dengan manik-manik kayu yang berwarna-warni. Apa yang menariknya? Haa.kalau anda nak tahu bead maze adalah permainan 3 dimensi yang berupaya membantu anak-anak dari segi bahasa, motor dan juga perceptual. Pendek kata ia dapat meningkatkan perkembangan dan pembelajaran anak-anak dengan cara yang sangat menyeronokkan. 
Jom kita tengok aktiviti yang kita dapat lakukan dengan bead maze:
1) melatih koordinasi mata dan tangan
galakkan anak-anak mengerakkan manik-manik dari satu hujung gegelung ke hujung yang lain. Mulakan dengan gegelung yang lebih mudah. Selalunya setiap bead maze dilengkapi paling kurang dua gegelung wayar dengan tahap kesukaran yang berbeza. Aktiviti ini dapat melatih penggunaan deria penglihatan dan juga pergerakan tangan secara serentak.
2)Visual tracking
Minta anak agar mengikut arah pergerakan manik dengan matanya. Anda boleh mempelbagaikan gerakan manik seperti perlahan, laju, ke atas, ke bawah. ke kiri dan ke kanan. Keupayaan untuk mengawal pergerakan mata dan mengikut arah gerakan objek adalah penting dalam aktiviti seperti membaca, menulis dan juga bermain sukan.
3) Pretend play
Kanak-kanak paling suka berimaginasi dan permainan seperti bead maze ini membuka ruang untuk mereka. Di dalam dunia kanak-kanak, manik kayu bukanlah sekadar manik kayu. Ia boleh bertukar menjadi kapal terbang, kereta, keretapi dan juga jet pejuang!
4) Perkembangan bahasa
Sambil bermain dengan bead maze, galakkan anak-anak untuk bercakap...minta dia terangkan apa yang sedang dia buat, apa yang dia lihat ataupun lebih baik lagi, reka cerita sendiri dengan menggunakan bead maze! Yup, segalanya boleh..
5) Mengenal warna dan juga bentuk
Salah satu kelebihan bead maze ini adalah manik kayunya diperbuat dalam pelbagai warna dan bentuk. Ambil peluang ini untuk memperkenalkan anak-anak dengan warna-warna dan juga bentuk asas. Suruh mereka sebut atau suruh mereka tunjuk. Anda boleh bermain permainan seperti 'I spy' untuk menjadikan ia sesuatu yang lebih menyeronokkan.



6) Grouping
Minta anak-anak susun manik dalam pattern seperti kumpulan 2 biji manik, kumpulan 3 biji manik dan seterusnya. Ia adalah sesuatu yang simple tetapi boleh menjadi aktiviti yang menyeronokkan untuk anak-anak. Grouping mengajar anak-anak untuk mengkategorikan sesuatu mengikut persamaan yang ada.
7) Penyelesaian masalah
Anda boleh mencabar keupayaan berfikir anak-anak dengan memberikan masalah untuk mereka selesaikan. Contohnya, minta mereka letakkan manik berwarna merah pada tengah-tengah gegelung, atau tiga biji manik pada setiap hujung gegelung dan sebagainya.
8) Directional changes and spatial relations
Tunjukkan kepada anak konsep seperti atas, bawah, kiri, kanan, up, down, around dan sebagainya. Bead maze dapat memberikan anak peluang untuk melihat konsep ini secara jelas dan mereka akan lebih mudah faham berbanding dengan hanya membayangkannya.
9) Memahami nombor/matematik
Gunakan bead maze untuk mengira.Anda juga boleh mengajar anak asas tolak dan tambah. Bead maze pun berupaya menjadi seperti sempoa yang ringkas!
10) Permainan memory.
Bead maze juga boleh digunakan untuk meningkatkan daya ingatan anak-anak. Bagaimana?Buat satu pattern manik dan suruh anak-anak anda ingat pattern tersebut. Kemudian bubarkan pattern tersebut dan minta anak-anak membinanya kembali. Ataupun anda boleh bina satu pattern, suruh anak tutup mata dan anda ubah sedikit satu bahagian pada pattern tersebut. Kemudian suruh anak tunjuk bahagian yang sudah berubah. Lihat sama ada mereka berupaya mencari perbezaan tersebut!
11) Pre-writing skill
Konfigurasi gegelung wayar adalah sememangnya direka agar pergerakan manik pada gegelung tersebut dapat membantu dalam pergerakan jari dan pergelangan tangan anak-anak (finger and wrist dexterity). Ini dapat membantu dalam keupayaan mereka untuk menulis nanti. Malah memegang manik juga dapat melatih kemahiran motor halus mereka.
Ok..cukup sebelas kesemuanya. Mungkin ada lagi yang tak disebut di sini. Apapun kesemua ini pastinya hanya bermanfaat jika diamalkan. Yang paling penting jangan paksa anak bermain mengikut cara yang kita mahu. Ingatkan diri kita yang ini masih lagi aktviti bermain dan bermain haruslah sesuatu yang menyeronokkan! Apa yang anda boleh buat, biarkan mereka meneroka dulu alat permainan tersebut dan kemudian barulah cadangkan secara lembut kepada mereka apa yang boleh dibuat. Selalunya anak-anak tidak akan menolak cadangan anda jika anda pandai mengambil hati mereka. Selamat bermain semua.



berminat dengan bead maze dan edu toys yang lain boles follow fb page Shop Paradise atau add friend Salimah Olie 




smile emoticon

Tuesday, December 22, 2015

Assalamualaikum dan selamat pagi.



RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka." (Hadis riwayat Muslim)Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari.

Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau 'Subuh gajah', iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: "Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya) ." (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT.

Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas." (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: "Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya."Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh?

Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?Diriwayatk an Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.Diriwayat kan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga." (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, "Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka." (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)

Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh. 

Sunday, December 20, 2015

PAKEJ SIRI CEPAT BACA 3 DALAM 1 (BM, BI DAN AL-QURAN)










Nak ajar anak membaca? Tips ajar anak cepat membaca untuk ibubapa mengajar anak2 mereka sendiri di rumah

Formula pertama:
Sediakan suasana pembelajaran yang selesa di tempat belajar. Maksud saya kemas dan bersih. Yang utamanya, Jangan ada sebarang permainan di kawasan tersebut.

Formula kedua:
Tengok mood anak2Pastikan dia tenang dan boleh beri tumpuan. Pastikan dia telah makan dan tidur. Agar dia boleh beri tumpuan sewajarnya waktu kita hendak kenalkan huruf.

Formula ketiga:
Jangan lebih dari 5 minit untuk mengajarnya kerana kanak2 , jenis kinestatik dan cepat bosan. Lepas beberapa minit ajar lagi dia.

Formula ke4:
Satu bunyi (kita guna phoinic) untuk satu hari. Contoh b. So hari tu just cerita pasal b je.... Ini semua untuk dia lebih kenal b n bunyinye. If kat tadika saya b tu diajar selama seminggu dengan pelbagai methord.

Formula ke 5:
Kenalkan huruf kecil dahulu peringkat awal. Selepas itu ajar tulis huruf kecil dahulu. Di tadika saya bila umur 6 tahun baru saya ajar huruf besar. Ini agar tak mengelirukan pelajar. Lagi pun huruf kecil yabg banyak digunakan dalam sesuatu ayat. Buat pengetahuan, kanak-2 mesti diajar satu persatu. Bila dia sudah mahir baru pindah ke tajuk lain.

Nurani Mohd Fahmi pada umur 3tahun 8 sudah guna buku 8 dalam set bacalah anakku, buku 4 dalam set readeasy dan sekarang Noraini dah boleh membaca..bestnye..

whatsapp ke 013 244 3199 untuk order!

Dapatkan 3 SET MEMBACA ini sekarang juga ! Khadijah pandai membaca Al-Quran pada umur 4 tahun 2 bulan dengan bantuan set buku Al-Furqan. Saya beli buku Al-Furqan pada 15 Februari 2012 ketika umurnya 3 tahun 10 bulan dan menghabiskan 4 buku dalam tempoh 4 bulan sahaja. Seterusnya, saya beli Muqaddam pada 25 Jun 2012 untuk menguji kebolehan beliau membaca Al-Quran. Macam tak percaya, anak saya dah pandai membunyikan setiap ayat Al-Quran dengan betul..ternyata keberkesanan Set Al-Furqan membantu anak saya cepat membaca Al-Quran (testimoni Puan Butiwana dari Labuan)

Set Bacakah Anakku untuk ajar anak membaca Bahasa Melayu
Set ReadEasy Untuk mengajar anak membaca Bahasa Inggeris
Set Buku Al-Furqan untuk membantu anak belajar membaca Al-Quran

Panduan untuk ibubapa:
Pastikan ibubapa melihat dulu kandungan VCD sampai habis dan membaca dulu panduan mengajar yang disediakan dalam set ini.Setelah itu, barulah mula mengajar anak menggunakan VCD dan buku-buku yang ada dalam set ini.

Apa lagi, jom la order sekarang juga!

Siri Cepat Membaca Kaedah Fonetik ini adalah gabungan 3 buku yang menggunakan Kaedah Fonetik iaitu
1) Set Bacalah Anakkku
2) Set Buku Al-Furqan
3) Set ReadEasy Phoenics

Mengapa? Kaedah fonetik adalah kaedah yang paling sesuai dengan kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Kajian telah menunjukkan bahawa otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu. Kaedah lain bukan sahaja tidak sesuai untuk kanak-kanak bahkan menyusahkan mereka, lambat, mengelirukan dan membebankan memori.
Testimoni Produk
"Alhamdullilah anak2 saya dpt membaca di usia 5 year dengan bantuan ReadEasy & Bacalah Anakku. Sekarang tengah fokuskan math pulak.. mengira cam tak cukup jari.. dengan jari2 kaki sekali guna." -Puan Shikin
"Alhamdullilah, sepanjang saya mengajar Bacalah Anaku, murid-murid dapat membunyikan dengan baik dan betul. Di samping itu kaedah fonik memboleh murid-murid membaca dengan cepat kerana mereka dapat mengenal dan mengingat bunyi huruf berbanding mengingat nama huruf." -Nabilah binti Othman-Peserta Kursus Bacalah Anakku di Hotel Swiss Inn, Sungai Petani

1) Set Bacalah Anakku
Penulis: Nik Eliani Nik Nawi & Othman Ahamad
ISBN: 983-867-239-4
Kandungan Pakej:
8 Buah Buku,
1 Buku Panduan Untuk Ibu Bapa Mengajar Anak-Anak, 1 VCD dan 12 Keping Kad Imbas
Penerbit:One Stop Computer and Language Consultancy
Tahun: November 1996
Mengenai Produk
* Sistem Fonetik
* Suku kata mudah
* Bermakna dan berulang
* Dua warna
* Berima
* Kurang Gambar
Peringatan Untuk Ibu bapa:
Pastikan ibubapa melihat dulu kandunganVCD sehingga habis dan membaca dulu panduan mengajar yang disediakan dalam set ini.
Setelah itu, barulah mula mengajar anak menggunakna VCD dan buku-buku yang ada dalam set ini.

2) Set Buku Al-Furqan
Penulis: Kamal Mahyuddin Harun & Zakiah Yob
ISBN: 978-983-3901-53-1 (Edisi Bestari)
Kandungan Pakej:
4 Buah Buku dan 1 VCD Panduan Mengajar Al-Furqan
Penerbit: ReadNetwork
Tahun: Ogos 2001
Mengenai Produk
Sistem Al-Furqan telah disusun supaya anak anda dapat membaca Al-Quran dengan cara yang paling mudah, seawal mungkin, cepat dan efektif. Ia dilengkapi dengan kaedah mengajar yang kreatif dan efektif. Terbukti kanak-kanak yang dapat membaca Al-Quran lebih awal, sebelum bersekolah lagi sering mendapat kejayaan cemerlang dalam pelajaran, berakhlak mulia dan tenang.
Keistimewaan Produk
* Sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas
* Mengikut kaedah fonetik
* Disusun secara sistematik - 14 huruf lazim diikuti huruf bermakhraj
* Perkataan bermakna dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Arab
* Kemahiran diperkenal secara bertahap
* Illustrasi dan kad imbasan menarik

3) Set Readeasy Phonic
Penulis: Nik Eliani Nik Nawi & Othman Ahamad
ISBN: 983-867-240-8
Kandungan Pakej:
8 Buah Buku, 1 VCD Panduan dan 6 Keping Kad Imbas
Penerbit: One Stop Computer and Language Consultancy
Tahun: 2001
Mengenai Produk
Terbukti bahawa belajar membaca melalui kaedah fonetik adalah cara paling semulajadi bagi kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas. Kajian saintifik juga telah mengesahkan bahawa otak manusia membaca dengan memecahkan perkataan kepada bunyi. Siri membaca berasaskan fonetik ini telah dirancang secara sistematik dengan pendekatan langkah-demi-langkah adalah kesemua yang anda perlukan untuk membantu anak anda membaca dalam Bahasa Inggeris. Ia juga dapat membantu bukan pengguna Bahasa Inggeris untuk memahami bahasa tersebut dengan mudah.
Keistimewaan Produk
* Sistem Fonetik
* Suku kata mudah
* Bermakna dan berulang
* Dua warna
* Berima
* Kurang Gambar

HARGA : RM115 percuma 3poster 
PM/WHATSAPP 013 244 3199 (salimah)

Monday, December 7, 2015

MY FAMILY DIARIES: PAKEJ BESTARI AL-FURQAN

MY FAMILY DIARIES: PAKEJ BESTARI AL-FURQAN

BARLI SEDAP DAN BERKHASIAT.

Assalamualaikum


air barli ni minuman kegemaran kami sekeluarga.panas atau pun sejuk.memang sedap sangat.anak anak suka sangat makan isi barli..kalau sebungkus, sekali rebus je.abissss..

selain tu, barli ni adalah salah satu milkbooster saya.saya menyusukan anak tanpa henti sejak 8 tahun lepas..ffuuhhhhhh..rasa sekejap je masa berlalu..dari irfan baby sampai irfan dan dekat umur 8 tahun sekarang.kalau agak-agak susu merudum, minum air barli..gerenti mencurah-curah susu, sampai basah baju...hihi..

barli ni jugak bagus untuk menyejukkan badan.kalau cuaca panas.sesuai sangat la minum air barli.selain melawaskan air kencing, merendah kolesterol dalam darah dan mencegah kanser.

barli ni murah je tau..sepeket 80sen je..dapat seperiuk air.walaupun murah, tapi khasiatnya banyak.jadi, korang cuba la amalkan minum barli ni..kat rumah ni memang stock barli sentiasa ada.kalau rasa nak minum, rebus je la.kalau pegi minum kat kedai, isi nye alahai........sekali dua suap dah abis..

kalau buh lemon ngan madu lagi mabelessss....tapi, saya slalu buh gula je, sbb lemon takdo...hihi..


Wednesday, December 2, 2015

BORONG DAN RUNCIT - cheese powder

kami membekal cheese powder secara runcit dan borong.
kami membuka peluang pernigaan dengan menjadi AGENT kepada sesiapa yang berminat untuk menambah pendapatan terutama surirumah dan pelajar.keuntungan sehingga rm5-8 sepeket.

whatsapp terus untuk maklumat lanjut 013-2443199(salimah)

COD : pulau indah, port klang

add me : Salimah Olie
fb pages : http://www.facebook.com/cheesepowderdantepungmagik






TAHNIAH ABANG IRFAN - dah sunat

assalamualaikum..

alhamdulillah, selesai urusan.abang irfan dah selamat bersunat malam tadi..dah besar anak mama.lepas ni, tinggal nak jaga elok-elok supaya cepat sembuh dan boleh lalukan aktiviti harian macam biasa.kena jaga macam orang berpantang lah nampaknye..hehe

pengalaman pertama saya bawa anak bersunat.ye la, anak sulung kan.sememangnya rapat dengan mama..permintaan irfan ialah, mama yang bawa dia masuk dan teman dia kat bilik doktor.mama pun nervous gak sebenarnya..mula2 masuk bilik doktor, irfan dah peluk mama erat-erat.mama pun layan kan je.bila time nak baring tu, ade masalah sikit.irfan da start menangis sbb takut.macam-macam nasihat dan kata semangat mama bagi.doktor pun same.bagi kata semangat dan nasihat yang sangat best.terima kasih pada doktor yang baik dan sabar melayan irfan.

bila dah baring, die masih takut dan menjerit.mama peluk kuat-kuat dan tenangkan die.suruh die selawat dan baca doa selamat.supaya irfan dapat hilangkan sikit rasa gementar dan gemuruh die.padahal, mama pun kecut perut..hik3..buat-buat steady depan die.sepanjang proses, saya memang tak tengok langsung cara doktor.saya fokus untuk tenangkan irfan dan borak-borak dengan die mengenai macam-macam hal.termasuk suruh die ulang surah-surah hafazan die.ingatkan die yang ayah dah janji nak belikan LEGO...haha..meleleh air mata irfan masa doktor 'potong'...mungkin rasa sedikit ngilu dan sakit.tapi, alhamdulillah die dapat bertahan dan dapat tenangkan diri die.

proses berlangsung dalam 15-20 minit.selesai....masa tu jam dah pukul 10 lebih.irfan orang last sekali.doktor pun da ngantuk nak balik..hahaha...lepas selesai, bagi makan ubat.dan terus balik rumah.sekarang ni, teruskan on antibiotik dan ubat kurangkan bengkak/demam...

semoga abang irfan cepat sembuh..dah boleh jadi imam untuk mama dan adik-adik lepas ni kalau ayah takde ye...tahniah anak mama MUHAMMAD IRFAN BIN SHAHLAN (7 tahun)

ni gambar sebelum masuk bilik doktor...hihi..

Tuesday, December 1, 2015

SUSHI (MAKIZUSHI)



Cara buat sushi gulung sendiri (makizushi)

Bahan2 yg diperlukan :
1. Beras jepun - beli beras jepun di aeon, 5 kg dlm rm 30..1 kg dlm rm 
10 ada gambar sumo.. xpun brand jasmine. beras jepun ni jenis 
pendek dan tebal.kenapa mesti guna beras jepon? sbb beras ni bila 
dimasak, nasinya agak melekat2..so mudah digulung dgn 
seaweed.lg pun mmg beras jepun ni sedap & berkhasiat. di giant, 
the store, mydin pon ada jual.. tapi 5 kg dlm rm37..utk cubaan 
pertama, elok beli yg peket kecil 1kg dlm rm10..giant pun ada 
jual..senang g jelah aeon..smua ada. 1 peket 5 kg beras blh dpt dlm 
70 gulung sushi..1 gulung blh kerat 6-7. 1 peket 1 kg blh dpt dlm 12-
15 gulung sushi.

2. Nori - seaweed. Ada jual di aeon..tapi mahal skit dan xde cop halal.
10 keping dlm RM 9. Beli je kat giant, murah.. 50 keping dlm RM25 
je.Siap ada cop halal lagi. Jangan dedahkan nori pd udara, akan 
cepat rosak. Nak guna ambil/tarik satu satu dan bungkus semula.

3. Beli mayonis jepon jenama kewpie.yang plastiknya warna merah. Tu
rasa asli jepun. Ada jual kat mana2..saya selalu beli di giant shj. 1
botol besar dlm RM 7 blh buat 20 gulung sushi. Botol kecil pun ada.

4. Tuna. Beli tuna dlm tin ayam brand yg digaul halus + mayonis..tuna 
ni untuk bangkitkan rasa sushi. 1 tin tuna dlm RM 5 boleh buat dlm 
15 gulung sushi.

5. Telur. Beli telur 1 papan 30 biji kalau nak buat banyak. Kalu buat skit 
je dlm 10 biji cukup.

6. Timun. Boleh guna timun jepun (kyuri) atau timun malaysia. Timun 
jepun lagi sedap. Buang kulitnya dan isi dalamnya sebab isi dalam 
timun tu berair..tu yang buat nasi lemak cepat basi.

7. Butter. Ni digunakan untuk disapu pada alat untuk kukus telur. Tak 
beli pun xpe.

8. Sosej ayam dan ketam. Ikut citarasa lah. Sy selalu beli 2 jenis ni je. 
Untuk sosej ketam, boleh beli yg size besar (lebih mudah buat 
sushi). Ada jual di giant..harga dlm RM 14..dlm 30 batang rasanya.

9. Alas buluh untuk menggulung sushi..ada jual di aeon atau mana2 
kedai 100 yen (dalam RM5)

10. Cuka. Beli je cuka biasa untuk masakan. Botol kecil pun dah ok. Beli 
dlm 2 botol.

11. Gula. Belilah dlm 1 kg.

Cara masak :
1. Basuh beras bersih dan masak macam masak beras 
malaysia/thailand.
2. Siapkan cuka. Kebanyakan cuka sushi yang dibuat di luar dicampur 
alkohol/arak. Sebab tu x pasti sushi tu halal atau tidak..tu sedap je 
makan hehe. Ok, cuka ni (botol kecil dlm 400ml) di masukkan dlm 
periuk dan dipanaskan dengan api kecil. Kemudian, 1 botol cuka 
kecil ni masuk kan dlm 10 sudu gula...kemudian bubuh suku sudu 
garam (sikit je garam) supaya rasa cuka tu jadi masam2 
manis..kacau dgn api perlahan. Dah siap biarkan sejuk.
3. Sosej ayam/ketam direbus...dah siap dipotong panjang2.
4. Timun tadi basuh, buang kulit dan isi dalam..potong panjang2. 1 
batang timun boleh dpt 20 hirisan untuk 20 gulung sushi.
5. Pecahkan dlm 10 biji telur, kacau dlm bekas.. + mayonis jepun skit 
dan gula (garam x payah). Kacau2.Ada 2 cara ;
1) Siapa ada pemanggang/kuali ajaib.. buh minyak sikit je..ratakan 
dan masak telur dalam tu..nanti jd mcm telur kukus berdadu 
mcm tauhu.
2) Kukus dlm bekas. Sblm tu sapukan mentega baru masukkan telur 
yg dah dikacau tadi dan kukus. Kalau kukus, telur lg cantik mcm 
rupa tauhu.
Telur dh masak, potong panjang2 lebih kurang size seaweed nak 
dibuat sushi tu.
6. Ok, nasi dah masak, ambil dlm suku periuk, masukkan dalam bekas 
besar..ambil dlm 2-3 senduk cuka.. tuangkan dan potong nasi tu 
banyak kali sampai rata. Kalau boleh buat bawah kipas supaya cepat 
rata dan aroma cuka tu cepat meresap.
7. Lagi baik guna bekas yg boleh tutup rapat untuk pastikan nasi yg dh 
campur cuka tu sentiasa hangat..mudah nak buat sushi. Kalau dah 
sejuk payah skit.
8. Ambil alat buluh buat sushi tu. Atasnya letakkan sekeping seaweed. 
Bahagian seaweed yang kasar belah atas supaya nasi boleh 
melekat. Bubuh dalam setengah senduk nasi dan ratakan (tak perlu 
tebal sgt).
9. Kemudian, letakkan timun, sosej ayam/ketam, tuna, mayonis dan 
telur secara melintang.
10. Akhir sekali, gulungkan sushi tu dengan cara pegang alas buluh 
beserta seaweed tu, temukan dengan seaweed di atas. Kemudian, 
bentukkan alas buluh tu mcm block kayu dan urut. Buka, pusingkan 
gulungan sushi tu dan urut lagi.. hasilnya.... sushi dah melekat dan 
sedia untuk di makan :)

* Selain sosej ayam/ketam, boleh juga guna serunding daging..lagi 
sedap.
* Sushi boleh tahan dalam 8-10 jam selepas dibuat. Nak tahan lama 
skit letak dalam peti sejuk..tapi klau dh masuk peti sejuk kurang 
sedap :)
Sbb tu isi timun kena buang...bila timun berair..tu yg cpt jadi basi.
* Kalau nak bubuh udang tenpura :
1. Beli udang, basuh dan hiris skit bahagian tengah udang suapaya 
jadi lurus. Buang kepala sahaja. Kulit di tengah dan ekor x payah 
buang.
2. Celupkan dalam tepung tempura (beli kat mana2 kedai) dan 
goreng.
3. Lepas siap sushi, potong kecil2 (1 gulung sushi blh dpt dlm 6-7 
potongan), buat lubang pada tengah2 hirisan sushi tadi (klau ada 
chopstick lagi senang.. atau buat lubang guna hujung pisau)
kemudian masukkan udang tadi.mmg sedappppp :)
* Lebih baik, bungkuskan sushi tu dgn pastik halus (guna clear plastic 
wrap)
* Cuka+gula tu perlu dicampur dengan nasi skit utk bg rasa sushi asli 
jepun. Selain tu nak bagi nasi tahan lama. Tapi jgn bubuh banyak 
sangat. Nanti masam sgt.

Selamat mencuba.

Moga perkongsian ilmu ni boleh beri manfaat pada semua.

credit to : sensei sare salwsk(fb) yg mengajar saya cara membuat sushi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...