Tuesday, December 24, 2013

CUCUR KENTANG+BILIS



assalamualaikum dan selamat pagi..

pagi ni saya buat sarapan cucur kentang + bilis.alhamdulillah...anak-anak memang suka sangat cucur kentang ni sebab lembut dan lemak.cicah dengan sos cili..memang sedap sangat.

ok la, saya kongsikan resepinya ya.

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 biji kentang-dipotongdadu
1 biji bawang besar-dipotong dadu
1 kiub ikan bilis knorr
segenggam ikan bilis halus
1/2 sudu baking powder
air secukupnya
garam 

Cara-cara:
-bancuh kiub ikan bilis dengan air.
-campurkan semua bahan dan gaul sebati.
-goreng hingga warna kuning keemasan.
-sedia untuk dihidang bersama sos cili kegemaran anda.

:)

Monday, December 23, 2013

MUHAMMAD ARIEF FAITH



short update...

alhamdulillah, 25hb nnt genap usia arief 11bulan..budak comel yang baik dan bijak..sekejap je rasanya masa berlalu..bulan 1 tahun depan dah setahun...rindu bau baby...huhu
buat masa sekarang, arief dah boleh menyusur.berjalan betul belum lagi..nampak tak bintik merah kat kepala die tu..macam bisul.bengkak skit..sian arief.
masih fully breastfeeding..tak berapa nak makan bubur nasi..apetah lagi benda-benda lain macam buah epal, pisang, kentang, keledek...sume tak nak.pernah cuba suapkan dan arief muntah.bagitau pada doktor.sbb risau juga die tak makan kan..doktor kate takde masalah sebab perkembangan berat badan die baik..walaupun hanya menyusu badan.




Tuesday, December 10, 2013

KEJUTAN YG MENGEJUT..

assalamualaikum..

semalam yang indah,
hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-7 =)
kejutan demi kejutan dari 'si dia'
kejutan yang sungguh tidak disangka-sangka..
sebab ape?sebab, selama lebih 10tahun mengenali dan selama 7tahun hidup bersama sebagai suami isteri, inilah tahun pertama 'si dia' membuat kejutan..kejutan berganda plk tu...


9th december 2013, 9.45am, @rumah kami

buat keje rumah macam biasa. kemas rumah, basuh kain baju, sidai kain baju, mandikan anak-anak, buat sarapan dll..
tiba-tiba hp berbunyi..nombor yang tak dikenali..angkat je la.biasa da sebab orang meniaga macam saya ni, memang selalu dihubungi orang yang tak dikenali.
'hallo, salimah ka tu?'
'ya, saya salimah'
'u ade rumah ke?, saya depan rumah ni'
saya dah sedikit pelik..
'ade ape?, u nak ambil apa barang?'
'saya ada mau hantar sama u barang la'
'barang ape?saya takde beli ape-ape pun'
banyak soalan sebab sekarang ni macam-macam kejadian jenayah.penjayah minta kita keluar da buka pagar, pastu mereka merompak.nauzubillah.ok sambung......

'ini ada u punya barang ma, keluarla sini ambil'
'barang ape?'
'bunga' jawabnya
saya pun keluar rumah dan buka pagar.seorang cina menghulurkan sejambak bunga ros merah beserta coklat ferrero rocher.
owhhh..masa tu rasa kembang kuncup tahan nafas...heheh
'tahniah' katenye.
'thank you ye' jawab saya sambil tersenyum



7 roses for 7 years.. ;)

saya terus masuk rumah sambil tersenyum-senyum..
abang irfan sibuk tanya..sape bagi flower ni mama?..hehe..
'ayah awak la'.....

terus whatsapp 'si dia'......... =)
'si dia' bgtau malam nnt nak belanja dinner kat islamic steak house, bukit tinggi.'
okey...



9th December 2014, 8.00pm, @islamic steak house

sampai je kedai, meja da reseved..order pun dah dibuat awal..tinggal nak pilih air minuman..



dlm lebih kurang 5 minit, semua hidangan pun sampai...abang irfan baca doa makan, dan kami pun makan la...pung pang pung pang uruskan anak-anak..suap makan minum sume, dlm 45 minit abis makan...

'ok la bang, jom.panggil la waiter tu suh kira' memandangkan anak-anak pun da x blh dok diam..
'jap' sambil si dia mengangkat tangan memanggil waiter.

waiter pun dtg, tp bukan bagi bil, die pi kemas meja. sy jeling 'si dia'.bila waiter tu dah pergi, saya cakap...
'kenapa la kemas meja time ade customer ni, tggu kita blk dl tak boleh ke?'

dan-dan lepas tu, ade bunyi gitar dan tiba-tiba, ada suara ramai-ramai menyanyi
'Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan pasangan ini, Allah selamatkan kamu'............sambil mereka menuju kearah meja kami.salah seornag dari mereka membawa sebiji kek...huhu...masa tu, malunya........

sampai je kat meja kami, diaorg pun wish, selamat ulangtahun....dan semua yg ada dlm restoren tu tepuk tangan....adooiiiiii merah muka makcik...huhu..mmg surprise yang teramat sangat...



saya potong kek cecepat dan makannnn kek pulak....heheheee



abang irfan dan abang ikram pun excited sebab macam sambut birthday diaorg pulak...hehee..arief pelak dok relaks je dalam baby chair makan carrot.

separuh je kek yang kami makan, sbb dah kenyang makan sebelum tu..jadi separuh lagi, kami bungkus bawa balik.

masa ayah bayar bil, cashier tu cakap yang kek tu bos diaorg bagi free sebagai hadiah anniversary.plus bos die bagi free gift 2 diary planner utk 2014..alhamdulillah..memang rezeki kami...

tu lah citenya kejutan yang sungguh mengejutkan saya...huhu...sebabnya, sejak kenal dan sejak berkahwin, 'si dia' memang tak pernah buat ape-ape kejutan dan saya memang takde mengharap macam tahun-tahun sudah..tapi, tahun ni, memang terbaikkkkk

terima kasih abang untuk segalanya.. =)



Monday, December 9, 2013

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-7



alhamdulillah, harini genap 7 tahun kami mendirikan rumahtangga..sehingga hari ini, telah dikurniakan 3 orang cahayamata lelaki yg soleh, bijak dan sihat.muhammad irfan, muhammad ikram dan muhammad arief faith.3 orang penyeri hidup kami.satu kurniaan yang sungguh indah dan sungguh istimewa dalam hidup kami.

kata orang, sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri..7 tahun hidup bersama, berkongsi segala.masam, manis, pahit, tawar dan segala macam rasa lagi telah kami lalui.dan alhamdulillah  , segalanya kami lalui dengan tabah dan sabar.menyedari dan mengakui bahawa jodoh ini adalah yang terbaik buat kami.semoga Allah memberkati rumahtangga kami.semoga kami sentiasa berada dibawah lindungan dan rahmatNya.semoga kami sentiasa berada dilorong dan dijalanNya.

untuk suamiku,
terima kasih abang kerana sudi menjadi suami saya, 
terima kasih abang kerana memimpin tangan saya menuju jalanNya,
terima kasih abang kerana terus berdiri teguh menyokong saya,
terima kasih abang kerana banyak bersabar mendidik saya,
terima kasih abang kerana berkorban untuk keluarga,
terima kasih abang atas segala-galanya.

semoga rumahtangga kita berkekalan hingga ke syurga..Amin..

selamat menyambut ulangtahun ke-7 
:)

dari, isterimu.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...